Thursday, 14 February 2019

Farmstay di Perth


Rumah ladang atau 'farmstay' merupakan tarikan utama bagi penziarah datang di Perth dan juga para penduduk Perth sendiri. Konsep hampir serupa dengan 'homestay', cuma di 'farmstay' anda dapat melihat kehidupan para peladang di Perth. Mereka mengembala ternakan, menguruskan ladang tanaman mereka dan mengurus kehidupan harian mereka. Ada 'farmstay' yang menyediakan sarapan kepada para tetamu. Ada yang membawa anda ke ladang tanaman mereka, tapi amat SUKAR untuk mencari para peladang yang akan benarkan anda petik hasil tanaman mereka. Ada yang benarkan anda buat BBQ di sekitar 'farmstay' anda. Jika rezki anda murah, anda di ajar menunggang kuda. Rumah ladang kerap penuh ditempah terutama pada cuti musim panas di Perth. Tapi anda masih boleh cuba mencari dan merujuk di beberapa laman sawang seperti WeekendNotes dan WAHolidayGuide. Insya Allah sedikit sebanyak laman sawang berikut dapat memberi info dan maklumat kepada anda. TAPI pastikan anda melihat dulu jarak 'farmstay' dari bandar Perth, kerana kebanyakan mereka jauh diluar daerah Perth, ada yang sejauh 3jam perjalanan.

*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +6011-37068905
*                     *                      *
Sumber Google: Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di Settlers Rest

Promosi Perth Kereta Sewa:
Klik iklan untuk membuat pertanyaan




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth?
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth!
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.

Jom jadi geng Facebook kami di Cuti Study Kerja Niaga Perth Australia