Showing posts with label Tempat Makan. Show all posts
Showing posts with label Tempat Makan. Show all posts

Wednesday 20 April 2022

hOmestayZ Perth 2022 comeback - Part 1

hOmestayZ Perth kembali pada 2022

Selamat menonton koleksi gambar-gambar hOmestayZ Perth sejak 2008 hingga 2020.
Perth , WA telah menutup sempadan antarabangsa sepanjang tahun 2020 -2021 kerana pandemik Covid-19. Kalian bantu doakan agar hOmestayZ Perth terus maju jaya, ya.



Sila hubungi hOmestayZ Perth untuk sebarang pertanyaan melalui:

Whatsapp: +6011-37068905
Instagram: @homestayzperth
e-mail: homestayzperth@gmail.com

 

Wednesday 13 April 2022

Makan Halal Perth: Satay On Charcoal (South Perth)


Satay On Charcoal, merupakan antara tempat makan muslim yang terdapat di daerah Perth. Jika dari bandar Perth, hanya mengambil masa 15 minit perjalanan memandu sahaja. Terletak di seberang Swan River di kawasan South Perth. Berikut merupakan maklumat perniagaan mereka.

*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +6011-37068905
*                     *                      *

Speciality: Satay & Street Food (ala carte/nasi lemak)

Alamat: 16 Mends St, South Perth (Shop 6)

Masa: 4petang hingga 9malam (Buka setiap hari)


Nombor untuk dihubungi: +61 430 190 984
Google Map: Satay On Charcoal


Sijil Halal: Sendiri, dioperasi sepenuhnya oleh orang muslim.


Jika kepada meraka yang memandu, terdapat tempat parking berbayar di hadapan kedai mereka. Sila rujuk mereka untuk mengetahui cara dan tempoh bayar, sebab ada masanya PERCUMA. Atau bagi penziarah yang gemar berjalan kaki, anda boleh menaiki feri Transperth dari bandar, naik di Barrack St. Jetty (berdekatan Bell Tower) dan turun di Mends St. Jetty dengan kadar harga 1 Zone. Kemudian berjalan kaki 5 minit untuk sampai di kedai mereka.


Satay On Charcoal sedia menerima tempahan ruang (reservation), sila hubungi mereka untuk melakukan sedemikian. Begitu juga khidmat penghantaran ke penginapan anda, sila hubungi mereka untuk melakukan sedemikian.


SELAMAT MENJAMU!

Peta - Perjalanan ke Jeti Barrack Street dari Pusat Bandar Perth


Peta - Menaiki feri (Zone 1) menyeberangi Swan River, dari Jeti Barrack St. ke Mends St.
Peta - Perjalanan yang singkat secara berjalan kaki ke kedai Satay on Charcoal.

Promosi Perth Kereta Sewa:
Klik iklan untuk membuat pertanyaan




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth?
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth!
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.

Jom jadi geng Facebook kami di Cuti Study Kerja Niaga Perth Australia

Makan Halal Perth: Bumbu Desa Perth Resto


Bumbu Desa Perth Resto merupakan sebuah restoran yang terletak di dalam bandar Perth. Lokasinya terletak berhampiran dengan tempat-tempat ziarah di dalam bandar. Para penziarah boleh mengisi perut dengan makan tengahari di restoran ini. Berikut merupakan maklumat perniagaan mereka.

*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +6011-37068905
*                     *                      *

Speciality: Masakan Asli Indonesia (Nasi Campur)

Alamat: 113, Murray Street, Perth
Masa Perniagaan:
Setiap hari dari jam 11pg-2ptg

Maklumat untuk dihubungi:
Tel: +61452091150

Website: Bumbu Desa Perth (facebook)

Kepada yang memandu sendiri, anda boleh letak kenderaan berbayar di bangunan letak kereta Pier Street -5 minit jalan kaki- di penjuru Murray Street dan Pier Street. Atau menaiki CAT Bas turun di Hentian Hay Street -5 minit jalan kaki-.

Kepada yang ingin membuat tempahan tempat (reservation). Restoran ini boleh mencapai maksimum 80 orang serentak. Sila hubungi untuk membuat tempahan.

Mereka juga ada menyediakan khidmat penghantaran ke penginapan anda. Dengan minimum order 10 bahagian. Sila hubungi untuk membuat pesanan.

Selamat Menjamu!




Promosi Perth Kereta Sewa:
Klik iklan untuk membuat pertanyaan




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth?
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth!
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.

Jom jadi geng Facebook kami di Cuti Study Kerja Niaga Perth Australia