Showing posts with label Ketika di Tanah Air. Show all posts
Showing posts with label Ketika di Tanah Air. Show all posts

Wednesday 13 April 2022

Barangan Terlarang


Australia merupakan negara yang melarang keras kemasukan barang-barang terlarang ke dalam negara mereka. Terutama melalui hub pengangkutan seperti lapangan terbang. Amatlah dinasihatkan kepada setiap individu tanpa mengira umur, agar tidak membawa barang terlarang ke Perth. Sama ada disedari, apatah lagi tanpa disedari, nauzubillahminzalik.

*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +6011-37068905
*                     *                      *

Antara barang larangan yang kerap di periksa adalah, dadah serta ubat-ubatan, bahan makanan mentah tanpa di proses dengan rapi, bahan makan sudah dimasak tanpa pembungkusan yang rapi, produk herba dan akar kayu, produk laut, produk tembakau, produk tenusu, produk kraftangan (berunsur kayu, rotan, haiwan kecil dan serangga), dan peralatan sukan air atau memancing. TIDAK LUPA juga bungkusan makanan dari dalam kapal terbang. Sekali baca memang kelihatan ringkas, tapi ramai yang kerap terlepas pandang dan terbawa masuk sehingga tiba di lapangan terbang. ELAKkan membuang masa 2-3 jam didalam bilik kuarantin kerana diperiksa, nauzubillahminzalik.

Insya Allah mudah untuk uruskan hal ini, sediakan senarai semak barang-barang yang akan dibawa masuk ke Perth. Bagi yang bergantung dengan ubat-ubatan seperti pesakit asma, kencing manis, darah tinggi, jantung, demam batuk dan selesema, atau yang dalam pantang bersalin. Sila merujuk kepada doktor yang membekalkan kita ubat, mohon surat pengesahan doktor secara bertulis, diikuti cop jawatan dan alamat tempat bekerja. Insya Allah surat ini banyak membantu. Kepada mereka yang membawa anak kecil menyusu botol, sediakan susu tepung yang cukup hanya ketika atas kapal terbang, untuk bawa masuk Perth perlukan bungkusan atau tin susu yang masih rapi tertutup, iaini baru dibeli.

Pemeriksaan kastam di Perth kelak dilakukan dalam dua keadaan, iaitu buka bagasi dan lihat, atau pemeriksaan penghiduan anjing. Insya Allah, berkat membawa warga tua dan kanak-kanak dalam kumpulan ziarah, akan Allah s.w.t permudahkan urusan kita di lapangan terbang.

Sumber Google: Produk Kraftangan, Sumpit Sarawak

Sumber Google: Produk Kraftangan,Cenderahati Keychain Serangga

Iklan:
Klik pada gambar untuk ke pautan iklan.




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth.
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth.
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.

Visa Pelancong / ETA


Sebelum membeli tiket penerbangan, adalah dinasihatkan untuk membeli visa pelancong (ETA -  Electronic Travel Authority) secara online atau melalui applikasi. Harga untuk seorang individu tanpa mengira umur adalah AUD 20.00, bersamaan MYR 62.00 (kadar tukaran matawang ketika post ini). Pembayaran boleh dibuat secara kad kredit/debit. Paling penting sekali, tempoh tamat passport lebih dari 6 bulan, paling sempurna lebih 1 tahun kerana visa pelancong ini diluluskan untuk tempoh 12 bulan. Syarat masuk adalah sekerap yang mungkin dalam tempoh 12 bulan diberi, maksudnya boleh ziarah banyak kali ke Perth. Setiap kali masuk hanya diberi keizinan berada dalam negara Australia semaksimum 3 bulan sahaja. Sesuai untuk penziarah secara mengembara atau 'Backpackers' yang berpindah-pindah dari bandar ke bandar, atau negeri ke negeri. Australia ini luas untuk dijelajahi.

*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +6011-37068905
*                     *                      *


Anda boleh muat turun aplikasi AustralianETA di Google Play atau Apple Store.

Setelah membeli visa pelancong secara online, pengesahan kelulusan visa akan dihantar ke email kita dalam tempoh 24 jam. Tapi proses kelulusan juga boleh memakan masa sehinga 7 hari.

Tips: Bagi kita umat Islam yang mempunyai nama ber'bin' dan ber'binti', contoh Labu Bin Kundur. Maka Family Name/ Surname/ Last Name adalah Kundur. Manakala Given Name/First Name adalah Labu. Insya Allah AustalianETA banyak membantu ketika permohonan kelak.

Iklan:
Klik pada gambar untuk ke pautan iklan.




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth.
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth.
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.