Showing posts with label Masjid. Show all posts
Showing posts with label Masjid. Show all posts

Wednesday 13 April 2022

hOmestayZ Perth: Homestay di Perth (Maksimum 10 orang)









Iklan ZPB004

Berita baik untuk mereka yang menziarahi Perth,WA dalam kapasiti kumpulan yang besar. Kami di Ziarah Perth menerima maklumat daripada host bahawa mereka mempunyai  sebuah homestay di Perth, yang mampu menampung kapasiti sehingga 10 ORANG.

*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +6011-37068905
*                     *                      *
Berikut merupakan maklumat berkaitan homestay tersebut:

- Suburb: Cannington
- Bersaiz 4 Bilik Tidur dan 2 Bilik Air, rumah besar.
- Berharga AUD300.00 untuk per malam, 
- Berhampiran dengan shopping centre, tempat membeli Corelle murah.
- 300 meter jarak dengan Carousel Shopping Centre, tempat membeli bahan masak.
- 20 minit memandu ke Canning Vale Sunday Market yang terkenal.
- Berdekatan dengan Curtin University.
- Kawasan yang aman dan tenteram dari kesibukan kota.
- 10 minit memandu ke Masjid Turki.
Serta banyak lagi...

Sila berhubung terus dengan:
Pn.Syad
Tel/wasap: +6011-37068905
Instagram @homestayzperth


Sekadar hiasan.

Sekadar Hiasan.
Sekadar Hiasan.
Sekadar Hiasan.
Sekadar Hiasan.
Sekadar Hiasan.
Sekadar Hiasan.



Sekadar Hiasan.

Sekadar Hiasan.

Sekadar Hiasan.

~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth?
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth!
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.


Tempat Solat di Perth,WA


Dalam kita menziarahi Perth,WA. Janganlah kita perabaikan solat kita sewaktu bermusafir. Moga perjalanan kita lancar, dipermudahkan dan diberkati-Nya. Setelah cahaya iman dan hidayah ditempatkan dihati insan di Perth,WA. Maka atas izin Allah s.w.t, telah terbinanya hampir 8 Masjid di sekitar daerah Perth. Berikut merupakan link laman sawang menunjukkan peta kedudukan masjid-masjid dan surau-surau(musolla) di dalam daerah Perth,WA. Sila rujuk Google Map.

*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +6011-37068905
*                     *                      *

Klik pada peta untuk melihat kedudukan masjid dengan lebih jelas.

Promosi Perth Kereta Sewa:
Klik iklan untuk membuat pertanyaan




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth?
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth!
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.

Jom jadi geng Facebook kami di Cuti Study Kerja Niaga Perth Australia

Ziarah Masjid Jamek Perth


Setibanya anda di Perth. Apalah salahnya meluangkan masa untuk menziarahi Masjid Jamek Perth di 427 William St., Perth. Lokasi masjid ini yang hampir dengan Malaysia Hall Perth iaitu 5 minit jalan kaki, dan sejauh 1km dari bandar iaitu 20 minit jalan kaki.

Masjid Jamek Perth sudah lebih 100 tahun penubuhannya. Ramai para penziarah dikalangan pendakwah Islam seluruh dunia mengimarahkan masjid ini yang tidak pernah tutup berkunci. Sekiranya pintu pagar kayu di hadapan masjid berkunci, anda boleh memasuki masjid dengan melalui pintu pagar kayu di belakang masjid. Insya Allah.

*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +6011-37068905
*                     *                      *

Azan yang dilaungkan oleh bilal masjid adalah tanpa pembesar suara. Dengan itu, kita umat Islam perlu peka dengan masuknya waktu solat fardhu. Manakala iqamah pula tidak dilaungkan sejurus azan, tetapi pihak pengurusan masjid telah menetapkan waktu untuk iqamah bagi solat berjemaah. Sebagai contoh solat Jumaat, telah ditetapkan untuk mula khutbah pada jam 1pm setiap minggu.

Antara aktiviti mingguan adalah majlis bayan atau muzakarah pada setiap Jumaat malam Sabtu selepas waktu Isya'. Marilah kita bersama menziarahi masjid di Perth. Kerana sesungguhnya, setiap niat dan nawaitu yang mulia, akan Allah s.w.t. bantu permudahkan dan berkati perjalanan itu. Insya Allah.
Sumber Google: Masjid Jamek Perth

Promosi Perth Kereta Sewa:
Klik iklan untuk membuat pertanyaan




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth?
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth!
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.

Jom jadi geng Facebook kami di Cuti Study Kerja Niaga Perth Australia

Lokasi ziarah Masjid Hepburn (Padbury)



Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Pepatah melayu sungguh tepat dalam mengambarkan keadaan iman kita. Walaupon jauh kita merantau, berbeza geografi dan ekonomi, namun kita masih mendukung penyaksian kepada Allah yang Maha Esa.

*                     *                      *
PROMOSI homestay muslim di Instagram @homestayzperth 
*                     *                      *

Begitu juga kepada penduduk Islam sekitar suburb Padbury, lokasi sekitar 20 minit di bahagian utara Perth City. Mereka hadir solat berjemaah dan melakukan aktiviti agama di Masjid Hepburn atau lebih dikenali sebagai Masjid Al-Majid. (Nota: Anda boleh menempah homestay berhampiran masjid di +6011-37068905)

Anda lebih mudah untuk sampai dengan memandu di Mitchell Freeway (Fwy), keluar di susur keluar Hepburn Avenue (Ave) dan terus menuju ke Hepburn Heights. Landmark yang mudah untuk ditentukan adalah terdapatnya sebuah stesen minyak United di bahagian kanan anda. (Nota: Anda menyewa dan memandu kereta di +6011-37068905)


Anda perlu memasuki kawasan perumahan Hepburn Heights, masjid terdapat di puncak bukit di kawasan perumahan tersebut. Beralamat di 64 Walter Padbury Boulevard (Blvd), Padbury WA. 

Kawasan masjid yang damai, dikelilingi oleh pohon zaitun dan bunga mawar, ditambahkan lagi dengan gerbang yang indah, menambahkan lagi seri masjid ini. Anda akan melalui sebuah dataran seluas gelanggang basketball sebelum anda memasuki ruang bangunan masjid. Kasut seeloknya dibuka dan disusun di ruang meletak kasut. Bagi menjaga kekemasan masjid.

Kepada jemaah wanita, anda perlu melalui ruang solat wanita untuk memasuki tempat wudhu/tandas wanita. Kepada jemaah lelaki, ruang wudhu/tandas lelaki terdapat di hujung masjid, berhampiran bilik dapur.

Masjid ini dibina pada sekitar tahun 2000-2001 hasil duit derma orang ramai. Bangunan utama masjid ini dirasmikan oleh Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud (Yang di-pertua Negeri Sarawak) yang pada ketika itu berjawatan sebagai Ketua Menteri Negeri Sarawak.

Masjid ini melaksanakan solat jumaat setiap minggu dan solat hari raya (Eid-Fitri & Eid-Adha) setiap tahun. Keluasan ruang solat jumaat yang agak luas, boleh menampung sehingga hampir 400 orang pada satu-satu masa. Cukup selesa untuk beribadah.

Akhir kata, moga percutian anda lancar, berjaya dan barakah. Layari www.ziarahperth.blogspot.com untuk lebih info berkaitan Perth, Australia.



Iklan:
Klik pada gambar untuk ke pautan iklan.




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth.
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth.
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.