Showing posts with label Apa itu Perth. Show all posts
Showing posts with label Apa itu Perth. Show all posts

Wednesday 20 April 2022

hOmestayZ Perth 2022 comeback - Part 1

hOmestayZ Perth kembali pada 2022

Selamat menonton koleksi gambar-gambar hOmestayZ Perth sejak 2008 hingga 2020.
Perth , WA telah menutup sempadan antarabangsa sepanjang tahun 2020 -2021 kerana pandemik Covid-19. Kalian bantu doakan agar hOmestayZ Perth terus maju jaya, ya.



Sila hubungi hOmestayZ Perth untuk sebarang pertanyaan melalui:

Whatsapp: +6011-37068905
Instagram: @homestayzperth
e-mail: homestayzperth@gmail.com

 

Wednesday 13 April 2022

Daerah Perth


Ramai daripada kita yang keliru dengan status bandar Perth. Ada yang mengatakan ianya negeri dan ada yang kata ianya bandar. Perth adalah 'region' atau daerah kecil di dalam negeri Western Australia. Manakala negeri Western Australia pula, merangkumi hampir separuh daripada negara Australia.
*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +6011-37068905
*                     *                      *
Sumber Google: Peta Negeri-Negeri di Australia

Daerah Perth terdiri daripada beberapa 'sub-urban' atau mukim. Paling selatan adalah Mukim Singleton dan paling utara adalah Mukim Yanchep. Walaupun jarak yang pendek sejauh 120km, tapi tempoh perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit. Ini adalah kerana 'Had Laju' di jalan raya adalah rendah, purata 60km/j.

Sumber Google: Peta Daerah Perth
Bandar Perth adalah Perth CBD - Central Business District. Tidak sebesar bandar Kuala Lumpur dan Jakarta, berjarak 5km dari satu hujung ke satu hujung. Tidak sesibuk seperti bandar-bandar utama di nusantara. Walaupun begitu, ekonomi di Perth CBD amat aktif dan pesat membangun saban tahun. TETAPI waktu urusniaga mereka terlalu singkat, antara 8pagi hingga 5petang bagi pejabat-pejabat. Manakala 10pagi hingga 5petang bagi kedai dan pusat beli-belah. Waktu malam, bilangan kedai makan dan serbanika yang beroperasi adalah terhad. Maka kepada para penziarah dinasihatkan untuk merancang dengan teliti dalam hal makan malam anda.

Sumber Google: Peta Bandar Perth

Promosi Perth Kereta Sewa:
Klik iklan untuk membuat pertanyaan




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth?
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth!
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.

Jom jadi geng Facebook kami di Cuti Study Kerja Niaga Perth Australia

Musim dan Cuaca di Perth


Ramai dikalangan kita mahir dan tahu mengenai musim di Eropah, Amerika dan Jepun. Umumnya bahagian utara hemisfera bumi. Tapi ramai juga yang hampir tidak perasan, atau hampir lupa dengan bahagian selatan hemisfera bumi. Ini kerana cuaca di Perth (selatan hemisfera bumi), mempunyai musim yang bertentangan dengan musim di bahagian utara. Sebagai contoh, warga Nasrani atau Kristian Perth menyambut perayaan Krismas tanpa salji, iaitu musim panas. Pada saat post ini di buat, bulan Julai, adalah musim sejuk. Musim sejuk dan musim bunga adalah musim yang kerap menerima hujan, umpama musim tengkujuh di tanah air. Perth mempunyai klimat Mediteranean, musim sejuk tanpa salji. Umpama negara Turki, Itali, Jordan dan Mesir. Rujuk laman sesawang berkaitan, klik sini.

*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +6011-37068905
*                     *                      *

Sumber Google: Jadual Musim dan Suhu - Summer=Panas, Autumn=Luruh,
 Winter=Sejuk, Spring=Bunga

Bagaimana pula dengan musim buah-buahan? Secara umumnya, pada musim panas adalah buah anggur, ceri, strawberi, apricot & avocado. Manakala musim luruh pula untuk kebanyakan jenis buah epal. Pada musim sejuk, beberapa jenis buah epal. Semasa musim bunga pula, buah beri (termasuk strawberi), oren, limau mandarin & buah tin. Boleh rujuk laman sesawang yang berkaitan, klik sini.

Selamat mencuba.


Iklan:
Klik pada gambar untuk ke pautan iklan.

~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth.
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth.
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.

Matawang Sah di Perth


"Tinggal sehari sahaja lagi nak flight, duit gaji belum masuk lagi. Cepatlah masuk, nak pi tukar duit ni."
Adalah normal bagi kebanyakan kita yang ingin ke luar negara, berlenggah dalam menukar duit kepada matawang asing. Apa tidaknya, fulus masih belum cukup. Maka tidak hairanlah jika ada diantara kita tergesa-gesa 'last minute' dalam menukar duit. Itu yang nanti ada yang terkena dengan ejen cekik darah, nilai tukaran yang tinggi, duit note nilai besar-besar semuanya.

Jika berlaku hal sedemikian, usahlah panik. 'Google' sahaja tempat tukar matawang yang murah di tempat anda, pasti jumpa punya. Jika boleh, hubungi mereka terlebih dahulu, untuk bertanyakan info nilai tukaran dan yang paling penting duit asing tersebut mencukupi untuk ditukar.


*                     *                      *
PROMOSI homestay muslim di Instagram @homestayzperth 
*                     *                      *

Tidak dinafikan, zaman sekarang dah canggih, boleh wechat pay, boleh sentuh kad debit dan macam-macam lagi. Namun masih terdapat business di Perth masih memerlukan 'cash' atau tunai dalam urusan jual beli serta penyewaan. Sebagai contoh, kad debit negara kita yang tanpa tertulis nama di atas kad, amatlah sukar untuk diterima pakai di Australia. Bagi mereka, anda mungkin menggunakan kad palsu atau dicuri. 

Bagi kebanyakan syarikat kereta sewa yang berdaftar, untuk mengelakkan masalah 'security' timbul. Pengunaan tunai dalam membayar 'Security Bond' diperlukan dalam jumlah yang agak besar, tunai tersebut dikembalikan setelah anda memulangkan kereta sewa dalam keadaan yang baik dan sempurna. Banyak kali kami dengar keluh kesah kad debit pelancong kita kena 'reject' sewaktu hendak digunakan semasa ingin ambil kereta sewa. Jangan 'spoil mood' percutian anda dengan isu ini. (Note: Ada pertanyaan berkenaan cara menyewa kereta di Perth? wasap (B.Melayu) di +6011-37068905)

Begitu juga dengan penginapan, kepada anda yang menempah homestay. Secara umumnya, wang tunai diperlukan dalam membayar 'security bond'. Kepada mereka yang menempah penginapan di servis apartment, juga masih menggunakan wang tunai selain pengunaan kad kredit. Aduhai, amat tertekan rasanya jika badan dah penat disepanjang penerbangan, ditambahkan pula dengan masalah 'check-in' penginapan pula. (Note: Ada pertanyaan berkenaan hal penginapan di Perth? wasap +6011-37068905)


Oppsss! Jangan pula anda tersalah tukar duit. Matawang yang digunapakai di Perth adalah Dolar Australia (AUD/AU$). Ada pelancong menceritakan kisah lucu mereka kepada kami, mereka membawa Dolar Amerika Syarikat untuk bercuti di Perth. Akibatnya, nilai tukaran di Perth yang lebih tinggi, menyebabkan mereka kerugian dalam menukar duit disana.



Kadar nilai tukaran Ringgit kepada Dolar Australia hari ini, klik sini.

Contoh kiraan: 

Nilai tukaran semasa 1(AUD) = 3.2150(MYR)
Ini bermaksud sebanyak RM3,215.00 diperlukan untuk tukar kepada AU$1,000.00.
Atau tukar RM3,000.00 kepada AU$933.12 sahaja.

Jadi, apa lagi. Segera tukar duit anda, sedikit demi sedikit. Pastikan nilai matawang yang betul dibawa kesana. Sediakan wang tunai yang kecil nilainya untuk menaiki pengangkutan awam atau bayar 'parking'. Syiling Dolar Australia perabihkan guna disana kerana tidak boleh tukar ke duit kita semula.

Akhir kata dari kami, moga percutian anda lancar, berjaya dan barkah.


Iklan:
Klik pada gambar untuk ke pautan iklan.




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth.
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth.
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.

Lokasi pelancongan South Perth

Cuba korang try google image Perth kat internet. Mesti banyak gambar Perth City dari jauh kan. Lepastu pula ada bayang atas air kan, cantik macam cermin. Ori ke gambar tu, atau mereka edit je?

Gambar tersebut sememangnya sahih, dan sesiapa sahaja boleh perolehi atau 'snap' gambar pemandangan seperti tersebut, jika kena gaya dan masanya. Perth City adalah terletak di pinggir Sungai Swan (Swan River). Manakala saiz kelebaran Swan River yang berhampiran dengan Perth City pula amatlah lebar, dah macam tasik lebarnya.

*                     *                      *
PROMOSI homestay muslim di Instagram @homestayzperth 

*                     *                      *

Tips untuk anda perolehi gambar yang cantik, dengan bayang Perth City di permukaan air adalah dengan mengambil gambar pada waktu keadaan angin yang tidak kuat, sepoi-sepoi bahasa lebih afdhal. Kebanyakan masa, waktu matahari terbit dan waktu matahari terbenam adalah waktu angin tidak kuat. Waktu tersebut adalah waktu pertukaran antara bayu laut dan bayu darat. Ades, macam kelas geografi lah pula.

Pada waktu matahari terbit, panoramanya tidak mengancam seperti waktu matahari terbenam. Lagi pon, anda akan menghadap matahari terbit, mungkin akan memberi kesan kepada pengcahayaan gambar. Pada waktu senja pula, adalah yang terbaik kerana bangunan-bangunan di Perth City mula membuka lampu, dengan langit yang 'purplish colour' iaitu sedikit ungu atau kundang. Bergantung kepada musim atau cuaca yang anda datang, jika musim panas akan menghasilkan ungu kemerah-merahan, jika musim sejuk pula adalah ungu kebiru-biruan. Sungguh asyik!


Tips lokasi untuk anda perolehi sudut yang ngam pula semestinya adalah South Perth. Iaitu suburb di seberang Swan River, lagi persisnya adalah sekitar Old Mill, South Perth. Serba sedikit sejarah South Perth ni. Sebelum puak kolonial Inggeris sampai di Perth, ianya adalah kampung kepada penduduk asli puak Noongar. Pada sekitar 1830-an, pihak kolonial mula menyediakan servis feri. Pada sekitar 1880-an, pekebun China datang dengan mengusahakan kebun sayur dan membuka pasar di pinggir Swan River, dan akhirnya sekitar 1950-an pasar sayur diarahkan tutup atas sebab masalah kebersihan dan membahayakan kesihatan.

Sejak 1890-an, South Perth sudah mula terkenal dengan beberapa lokasi tarikan pelancong, antaranya adalah Zoo dan Royal Perth Golf Club. Ianya juga terkenal dengan deretan rumah-rumah banglo elegen dan landskap yang cantik di sepanjang jalan serta sekitar tebing Swan River.

Bagaimana nak ke sana? Ikut kepada kudrat anda, yang terbaik adalah dengan menaiki feri awam menyeberangi Swan River dari Elizabeth Quay Jetty (Perth City) ke Mends Street Jetty (South Perth). Kemudian anda jalan kaki 5 minit di sepanjang Swan River untuk menuju ke arah Old Mill, 'on the way' nak sampai sana akan ada Fishing Jetty atau jeti memancing. Haa, kat situlah lokasi yang sesuai untuk bergambar.

Tambang feri awam tidak lah mahal, sama macam naik bas awam juga. Harganya adalah AU$3.10 seorang dewasa, tiket ini 'valid' untuk guna ulang-alik dalam tempoh 2 jam sahaja. Jimat kan? Anda juga boleh menolak stroller bayi atau kerusi roda ke dalam feri, cukup mudah. Jika anda berbasikal, tiada masalah untuk anda membawa masuk basikal anda. Tempoh menyeberang sekitar 10 minit sahaja. Dengan jadual masa yang kerap, operasi feri ini tamat perkhidmatan harian sehingga jam 10:15pm (Isnin-Khamis), 11:45pm (Jumaat & Sabtu) dan 9:45pm (Ahad). Tapi perkhidmatan harian akan ditutup lebih awal pada musim sejuk, iaitu pada jam 9:15pm setiap hari. Tapi jika rasa leceh, anda boleh drive je ikut masa anda sendiri. (Nota: sewa kereta dari syarikat berdaftar dengan harga murah di +6011-37068905)

Apa lagi yang ada di sekitar South Perth ni?




Perth Zoo - sebuah zoo utama di Perth. Merupakan taman haiwan yang paling terdekat dengan Perth City. Jalan kaki sekitar 10 minit dari Mends Street Jetty. Lokasi untuk jumpa kangaroo dan koala secara dekat. Ia beroperasi dari jam 9am hingga 5pm setiap hari. Buka setiap hari sepanjang tahun, sebab haiwan-haiwan di sana tidak meraikan sebarang perayaan. Harga tiket masuk pula adalah AU$32 untuk dewasa, AU$15.50 untuk kanak-kanak. Manakala yang berumur 4 tahun dan ke bawah adalah PERCUMA.


Old Mill - Sebuah kincir angin lama yang telah disenaraikan dalam salah sebuah bangunan Australia National Trust pada 1992. Kincir angin ini dibina pada sekitar 1830-an. Tujuan asal pembinaan kincir angin ini adalah untuk mengepam air dari Swan River dan dialirkan ke ladang sayur serta buah. Antara lokasi berbaloi untuk dikunjungi.


Bot Layar/Picnic - Jika anda pengemar aktiviti 'outdoor' suka cabaran. Anda boleh menyewa bot layar di South Perth Foreshore. South Perth Foreshore adalah sebuah dataran rumput di pinggir Swan River. Jika anda rasa tulang-tulang anda sedikit berat, anda boleh je 'picnic' dan menghayati panorama Perth City dengan melepak di South Perth Foreshore. Di situ juga terdapat pondok wakaf yang lengkap dengan set BBQ.

Pejabat Pos South Perth - Dengan bercirikan 'Colonial Style' memang sungguh unik. Terletak di persimpangan jalan berdepan dengan Perth Zoo. Mengamit kenangan kita kecil-kecil dahulu ketika menonton filem koboi.


Penginapan - Sungguh indah hidup anda, mana tak nya, pagi-pagi buka mata dan selak langsir dah tengok pemandangan Perth City yang cantik. Terdapat beberapa penginapan seperti homestay atau servis apartment di sepanjang Swan River. Tengok je lah harga per malamnya. Ukur baju pada badan sendiri ye. (Nota: Ingin menginap di homestay di Perth, hubungi +6011-37068905)


Makan Satey - Yang ni halal oi!, jika tidak percaya tanya tokey dia iaitu brader Zack. Satay on Charcoal antara sate ter'famous' di Perth. Omputeh ke kuputeh ke, semua suka. Kedai dia beroperasi 'start' jam 5pm hingga 930pm setiap hari kecuali hari Khamis, nak pergi baca yassin katanya.

Akhir kata dari kami, moga percutian anda lancar, berjaya dan barkah.



Iklan:
Klik pada gambar untuk ke pautan iklan.

~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth.
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth.
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.

Sejauh mana anda boleh travel dalam masa sehari di Perth

Percutian memanglah suatu yang sering dinanti-nantikan. Apa tidaknya, duit dan cuti tahunan yang dikumpul selama ini, akan digunakan sepuas-puasnya semasa percutian. Namun begitu, adakah percutian anda berbaloi? Atau setakat melepaskan batuk di tangga, ruginya!

Berbaloikah bercuti di Perth? Banyak ke lokasi menarik? Berapa hari yang sesuai untuk bercuti ke sana? 
Persoalan ini, jawapannya kembali kepada diri anda masing-masing. 

*                     *                      *
PROMOSI homestay muslim di Instagram @homestayzperth 

*                     *                      *

Destinasi percutian Perth Australia merupakan sebuah daerah yang aman dan tenteram untuk mereka yang ingin merehatkan badan dan pemikiran dari kesibukan kerja harian yang rutin. Sebuah lokasi yang sesuai untuk 'escape' dari pening kota raya.

Ianya sesuai untuk dilawati bagi setiap lapisan umur, aktiviti boleh dilakukan oleh setiap jenis katagori masyarakat dan agama, dan yang paling penting adalah makanan disana mudah diterima serta tidak jauh berbeza dari kita. Makanya, tiada sebab untuk anda berasa terasing sewaktu bercuti di Perth.

Lokasi-lokasi yang menarik lebih daripada 100 lokasi di sekitar Perth. Anda sendiri boleh 'google' sendiri dengan baca blog-blog atau 'post' mereka yang pernah bercuti disana. Banyak giler tempat lawatan. Yang paling best sekali, hampir 80% tempat lawatan disana adalah PERCUMA untuk masuk, kebanyakannya juga tidak perlu bayar 'parking'.

Perth merupakan bandar utama di sana, iras-iras Shah Alam atau Medan. Manakala negerinya adalah Western Australia yang luasnya hampir kepada negara India! Mampu ke anda nak 'round' atau 'cover' semua lokasi dalam percutian anda? Maka sebab itulah pentingnya anda membuat perancangan 'itinerary' atau jadual perjalanan sepanjang percutian anda.

Di sini, kami ingin berkongsi pengalaman dan sedikit ilmu kepada anda. Andai kata anda ingin menetap pada satu lokasi disepanjang percutian anda, sebagai contoh Perth City. Maka anda perlu melawat ke lokasi-lokasi lain dengan pulang semula ke Perth City dalam sehari. Sejauh mana anda boleh 'travel' dalam sehari? (Nota: Jom join group wasap Info Trip DIY Perth untuk mendapatkan khidmat perunding pelancongan secara percuma, klik http://bit.ly/2F53TR7)

Secara geografinya, Perth terletak hampir ke Barat Daya negeri Western Australia. Jika di Perth, anda boleh bergerak ke bahagian Utara sehingga pekan Cervantes dengan melawat kepada lokasi-lokasi pelancongan disepanjang perjalanan tersebut. Antaranya adalah Yanchep National Park, Gravity Discovery Centre, Moore River Estuary, Lancelin Sand Dunes, Nilgen Lookout, West Hills Wind Farm, Wedge Lookout, Nambung National Park, Pinnacles Desert dan Lobster Shack di Cervantes. 




Atas faktor keselamatan pemanduan, adalah dinasihatkan agar anda hanya melawat empat (4) sahaja dari lokasi-lokasi tersebut sambil melakukan aktiviti. Ini adalah kerana dikhuatiri sekiranya anda kesuntukan masa untuk pulang semula ke Perth City, anda terpaksa memandu pada waktu senja atau malam. Amatlah tidak digalakkan untuk anda memandu pada waktu senja atau malam di luar kawasan bandar, ini bagi mengelakkan anda terlanggar haiwan liar sehingga menyebabkan kemalangan dan kerosakan kenderaan yang teruk.(Nota: Tempah kereta sewa secara bajet lengkap dengan GPS & Insuran di +6011-37068905).

Sekiranya anda bergerak ke bahagian Selatan hingga ke pekan Albany. Antara lokasi utama adalah Cohunu Koala Park, Masjid Melayu Katanning, Valley of the Giants, Greens Pool, Torndirrup National Park, Natural Bridge, Albany Wind Farm, Salmon Beach, Albany's Historic Whaling Station, Brig Amity dan National Anzac Centre. Sekali lagi, atas faktor keselamatan pemanduan, anda digalakkan memilih tiga (3) sahaja lokasi tersebut untuk dilawati seharian. 

Jika anda bergerak ke bahagian Barat Daya pula. Lebih banyak lokasi menarik untuk anda lawati seperti Masjid Melayu Rockingham, Mandurah Boat Cruise, Dolphine Quay, Lake Clifton Thrombolites, Marlston Hill Lookout, Bunbury Lighthouse, Wonnerup House, Busselton Jetty, Xscape at the Cape, Cape Naturaliste Lighthouse, Ngilgi Cave, Canal Rock, Margaret River Chocolate Factory, Calgardup Cave, Mammoth Cave, Lake Cave, Giants Cave, Boranup Forest View, Boranup Forest Maze, Margaret River Sculpture Park, Jewel Cave dan Cape Leeuwin Lighthouse. Sekali lagi, atas faktor keselamatan pemanduan, anda digalakkan memilih tiga (3) sahaja lokasi tersebut untuk dilawati seharian.



Manakala, jika anda bergerak ke arah Timur. Ada beberapa lokasi menarik untuk dikunjungi antaranya adalah ladang buah Valley Fresh Produce, Perth Observatory, Wave Rock, Petteet Park, York Motor Museum, Mount Brown Lookout, York Town Hall & York Residency Museum. Sekali lagi, atas faktor keselamatan pemanduan, anda digalakkan memilih tiga (3) sahaja lokasi tersebut untuk dilawati seharian.



Tersebut merupakan lokasi-lokasi disekitar Perth City yang boleh dilawati dalam perjalan seharian. Pastikan anda kekal cergas dan bertenaga disepanjang pemanduan. Sekiranya anda ingin melawat lebih daripada bilangan lokasi yang kami sarankan, seeloknya anda menempah penginapan untuk bermalam berhampiran lokasi-lokasi lawatan, agar anda dapat meneruskan perjalanan dengan ceria dan gembira. (Nota: Tempah penginapan secara bajet di Perth melalui  +6011-37068905)

Akhir kata daripada kami, semoga percutian dan perjalanan anda lancar, berjaya dan barkah. 


Iklan:
Klik pada gambar untuk ke pautan iklan.




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth.
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth.
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.

Vaksinkan diri anda

Influenza Bermusim, mungkin agak pelik bunyinya. Ianya merupakan influenza yang berlaku diseluruh dunia. Bagi negara beriklim sejuk, ianya agak ketara musim berlaku gejala influenza ini. Bagi iklim negara kita, gejala ini berpotensi berlaku sepanjang tahun.

Antara contoh jenis influenza yang kita selalu dengar adalah Influenza A (H1N1), namun begitu terdapat juga Influenza B dan Influenza C. Influenza A akan berlaku di dalam sesuatu negara pada satu-satu masa. Influenza B pula akan berlaku serentak dengan beberapa negara lain pada satu-satu masa. Manakala Influenza C buat masa ini tidak mendatangkan ancaman kepada manusia.

*                     *                      *
PROMOSI homestay muslim di Instagram @homestayzperth 

*                     *                      *

Bagi anda yang ingin berkunjung ke Australia antara bulan April hingga September, iaitu sekitar musim sejuk di sana. Amatlah disarankan agar mendapatkan suntikan vaksin selewat-lewatnya dua minggu sebelum penerbangan. Vaksin akan kekal dalam tubuh selama setahun. Ini berdasarkan apa yang disarankan oleh badan kesihatan negara Australia, mahupon negara kita. Ini kerana kesan jangka panjang jangkitan influenza ini boleh membawa kepada sakit sesak nafas (pneumonia) dan yang paling kita khuatirkan adalah boleh membawa maut, terutama bagi mereka warga emas dan kanak-kanak yang mana sistem imunisasi badan adalah lemah.


Apa tanda-tanda jangkitan influenza?
Antara tanda yang ketara adalah hampir menyerupai tanda demam selesema. Iaitu badan akan berasa demam, tekak akan sakit, anda mulai batuk, hidung mulai bersin sepanjang masa dan badan berasa seram sejuk. Keadaan mula menjadi serius adalah apabila kepala mulai sakit, berlakunya radang dalam saluran pernafasan, sistem otot berasa sakit dan badan menjadi lemah. Terdapat juga individu yang mengalami cirit-birit dan muntah.


Bagaimana merawatnya?
Buat masa kini, masih tiada rawatan yang khusus untuk merawat jangkitan influenza ini. Namun rawatan biasa boleh diberikan kepada pesakit yang sudah diasingkan, seperti memberi minum air suam, beri masa tidur dan rehat secukupnya, kurangkan perasaan stres pesakit dan jika masih berlarutan, perlu dapatkan rawatan doktor.

Bagaimana boleh terjangkit?
Jangkitan ini tersebar melalui kesan cecair. Samada melalui udara, sentuh langsung dengan tangan pesakit, atau tersentuh mana-mana permukaan yang punyai kesan cecair dari pesakit. Ia boleh berjangkit melalui udara pada jarak 6 kaki, bersamaan hampir 2 meter. Virus akan kekal dalam badan selama 7 hari.

Bagaimana untuk menghindar?
Antara cara terbaik adalah dengan mendapatkan suntikan vaksin. Bagi bayi dan kanak-kanak, sila rujuk kepada doktor anda untuk ketahui bilangan dos yang tepat. Bagi kita yang dewasa, suntikan Booster diperlukan setiap tahun jika pernah mendapatkan suntikan dos pertama. Sekali lagi, sekurang-kurangnya perlukan tempoh dua minggu untuk dapatkan suntikan sebelum anda berlepas ke Australia. 

Langkah berjaga-jaga. Elakkan berada terlalu lama di dalam kawasan yang sesak dan padat dengan orang ramai, lebih-lebih lagi ada kedengaran batuk serta bersin berlarutan. Tutup mulut dan hidung dengan penutup muka 'face mask' sepanjang masa. Basuh tangan dengan sabun, mengelap tangan anda dengan tisu basah anti-bacteria atau sentiasa bersihkan tangan anda dengan hand sanitizer secara kerap. Jika wabak berlaku, seeloknya anda hindari tempat awam atau pengangkutan awam. (Nota: Anda akan lebih selesa dengan menyewa kereta di +6011-37068905)


Bagi anda yang inginkan suasana tenang dan relax, anda boleh cuba menginap di kawasan luar bandar yang lebih damai dan mempunyai udara yang lebih segar. Ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mengurangkan risiko jangkitan influenza ini. Dalam masa yang sama, anda dapat menikmati percutian anda tanpa rasa bimbang. (Nota: Anda boleh menempah homestay di +6011-37068905)

Akhir kata, moga percutian anda lancar, berjaya dan barakah. Layari www.ziarahperth.blogspot.com untuk lebih info berkaitan Perth, Australia.



Iklan:
Klik pada gambar untuk ke pautan iklan.




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth.
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth.
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.