Showing posts with label Muqadimah. Show all posts
Showing posts with label Muqadimah. Show all posts

Monday 30 June 2014

Ice Breaking!!!


Segala puji dan syukur kepada Allah s.w.t pentadbir sekalian alam. Dengan limpah kurnia dari-Nya, kita beroleh rahmat serta rezki di bumi Dia yang luas ini. Selawat dan salam keatas junjungan besar Rasulullah s.a.w penutup segala rasul. Moga syafa'at dan sunnah Baginda memberi kesejahteraan kepada kita seluruh umat Baginda di muka bumi ini.

*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +6011-37068905
*                     *                      *

Bumi Allah, Perth, Western Australia. Merupakan antara destinasi ziarah yang makin popular dikalangan umat Islam ketika ini. Saban hari jumlah penziarah dan pengunjung meningkat, terutama apabila menjelang cuti persekolahan dan perayaan di tanah air. Penerbangan terus dari nusantara bersilih ganti setiap hari, AirAsia X, Malaysia Airlines, Garuda AIrlines, Singapore Airlines, Jetstar dan Tigerair. Dengan masa penerbangan yang singkat, sejauh 5 - 6 jam penerbangan, tidak meletihkan para penumpang sepanjang penerbangan.

Maka di blog ini, kami cuba sebaik mungkin, untuk membekalkan maklumat serta info berkaitan Perth, Western Australia. Moga segala usaha kami ini, sedikit sebanyak dapat membantu umat Islam yang ingin dan bercadang untuk menziarahi umat Islam di bumi Allah, Perth ini. Kami juga sudi menerima maklumat, pendapat serta teguran dari mana-mana pihak individu mahupun organisasi. Kita sama-sama memanjatkan doa dan memohon pada Allah s.w.t, agar usaha kita ini lancar dan barakah. 

Sumber Google: Pemandangan Bandar Perth dari Seberang Swan River

Promosi Perth Kereta Sewa:
Klik iklan untuk membuat pertanyaan




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth?
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth!
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.

Jom jadi geng Facebook kami di Cuti Study Kerja Niaga Perth Australia