Showing posts with label Sewaktu Ketibaan. Show all posts
Showing posts with label Sewaktu Ketibaan. Show all posts

Wednesday 13 April 2022

Transperth 380: Bas dari Perth Airport - Perth City - Perth Airport


Berita baik buat semua penziarah dan musafir di Perth WA. Kini anda boleh berjimat dari segi kos pengangkutan dari Perth Airport (Terminal 1) - Perth City (Esplanade Bus Station). Dengan tambang tiket Zone 2 (AUD4.50 seorang dewasa - semasa artikel ini dibuat).

*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +6011-37068905
*                     *                      *

Bas 380 Transperth : Airport - Perth City


Bas 380 (Transperth) merupakan laluan baru untuk mereka yang memerlukan bas dari Airport ke City. Laluan terus dengan hentian terhad ini, mampu membawa anda dari Airport ke City dalam tempoh 40minit sahaja. Laluan ini bermula seawal 5:20 pagi, membawa ke lewat malam 1:20 pagi. Dengan jarak 30 minit setiap perkhidmatan, kecuali selepas 10 malam. Jadual ini adalah hampir sama, tanpa banyak perubahan SETIAP HARI, tanpa mengira Sabtu, Ahad atau Cuti Umum (Sila baca nota 'Legend' dibawah jadual masa perjalanan untuk mengelak kekeliruan).

*                     *                      *
*                     *                      *

Jadual masa perjalanan bas 380

Peta Laluan Bas 380.

*                     *                      *
*                     *                      *






*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +6011-37068905

*                     *                      *

Bagaimana mahu beli tiket???

1) Tunggu bas di perhentian yang telah disediakan, beratur dalam keadaan sabar sekiranya ramai.

2) Setibanya bas di perhentian, naik melalui pintu hadapan, sekiranya bagasi anda beroda dan berat, mohon pertolongan pemandu bas untuk turunkan 'RAMP'. Ucap "Ramp, please !".

3) Setibanya di tepi pemandu, beritahu yang kamu ingin beli tiket Zone 2 diikuti bilangan orang. Sebagai contoh, "Hi good day, Zone 2, please! Five(5) Adults and Two(2) Children". Sila bayar dengan menggunakan wang kecil, bukan AUD50 atau AUD100, kerana syarikat bas tidak menyediakan wang tunai yang banyak di atas bas, atas faktor keselamatan bas.

4) Setelah bayar, JANGAN lupa ambil resit yang sudah di cetak. Setiap seorang, sekeping resit. SIMPAN resit untuk pemeriksaan. Ini kerana, resit bas sah digunakan dalam tempoh 2 jam.


*                     *                      *

*                     *                      *
Promosi Perth Kereta Sewa:
Klik iklan untuk membuat pertanyaan




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth?
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth!
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.

Jom jadi geng Facebook kami di Cuti Study Kerja Niaga Perth Australia

Pengunaan Handphone & SIM Kad/Card di Perth


Ramai dikalangan penziarah mengajukan soalan kepada kami. Perlukah beli SIM Kad/Card Australia? Telco mana yang bagus? Apa yang murah? Berbaloi atau tidak? Boleh ke guna Perantauan Antarabangsa / International Roaming? Berapa kadar yang dikenakan? Jujur kami katakan, tiada jawapan rasmi untuk soalan-soalan tersebut. Mengapa? Kerana adat dalam marketing, promosi dan servis akan ditambah baik dari masa ke semasa. Bergantung atas faktor-faktor tertentu.

*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +6011-37068905
*                     *                      *

Perantauan Antarabangsa / International Roaming (PA/IR):
Cara ini adalah paling selamat dan berkesan. Ini adalah kerana, setibanya anda jejak kaki di Tanah Bumi Perth ini, anda akan dapat sms ucapan selamat datang oleh Telco tempatan, bergantung kepada jenis Telco yang anda guna di tanah air. Bagaimana anda mengaktifkan PA/IR ini? Anda wajib mengaktifkan semenjak di tanah air lagi. Syarikat Telco di tanah air akan mengaktifkannya, anda boleh hadkan masa dan penggunaan anda semasa mengaktifkannya. Sila rujuk kepada syarikat Telco tanah air anda, untuk mendapatkan kadar yang dikenakan, dan bagaimana untuk membuat panggilan murah ke tanah air. Insya Allah mereka akan bantu. 
SIM Kad/Card Australia:
Disarankan membeli di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth, T1 sewaktu ketibaan anda. Kerana syarikat Telco tempatan ada memberi harga promosi untuk para pelancong. Sebagai contoh adalah syarikat VODAFONE, bagi yang hanya bergantung pada data sahaja, sila rujuk disini. Manakala yang memerlukan minit panggilan dan khidmat pesanan ringkas, sila rujuk disini. Terdapat juga syarikat OPTUS di balai ketibaan.
Anda juga boleh membeli mana-mana syarikat Telco tempatan yang lain, beli di bandar, antaranya seperti Telstra, Virgin Mobile, Amaysim dan LycaMobile. Penggunaan data amatlah penting tatkala menziarahi Perth. Ini kerana, anda semua memerlukan data internet untuk mencari lokasi di Google Map, GPS dan melayari laman sawang.
Bagaimana untuk hubungi tanah air?
(019*******) sila dail +6019******* atau 006019*******
(03********) sila dail +603******** atau 00603********

Nombor KECEMASAN di Perth?
SILA DAIL 000. Bukan 999 atau 112.

Promosi Perth Kereta Sewa:
Klik iklan untuk membuat pertanyaan




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth?
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth!
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.

Jom jadi geng Facebook kami di Cuti Study Kerja Niaga Perth Australia

Lapangan Terbang Antarabangsa Perth T1


Lapangan Terbang Antarabangsa Perth, Terminal 1. Tidak sebesar yang kita sangkakan. Dari keluar perut kapal terbang sehingga ambil bagasi, hanya memerlukan 20 minit. Mungkin yang lama adalah pemeriksaan bagasi. Setelah selesai semua perkara tersebut. Barulah dengan lega hati keluar di ruang ketibaan. Di situ boleh tajamkan mata, panjangkan tengkuk mencari kenalan, saudara, mahupun jurupandu pelancong.

*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +6011-37068905
*                     *                      *

Bagi mereka yang waktu ketibaan, hampir dengan waktu solat fardhu. Jangan risau, kerana pihak pengurusan lapangan terbang Perth ada menyediakan ruang solat berserta tempat wudhu (Quiet Room) berhampiran ruang ketibaan. Jika anda masih di dalam ruang kastam dan imigresen, boleh solat di ruang menukar lampin bayi (Parenting Room), ruang itu kurang di gunakan.  Insya Allah.

Laman sesawang Perth International Airport, klik sini.

 Sumber Google: Pelan Lantai Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Perth

Arah kiblat, hampir umpama nusantara, cuma perlu ke arah kanan sedikit, iaitu putar arah jam dengan jarak sejengkal. Secara teknikal adalah 295.60 darjah dari Utara mengikut pusingan jam.

 Sumber Google: Arah Kiblat di Perth

WIFI Percuma. Ya, anda boleh akses ke wifi internet berkelajuan tinggi secara percuma selama 3 jam. Anda boleh akses sejurus anda keluar dari pintu pesawat. Selamat mencuba.

Iklan:
Klik pada gambar untuk ke pautan iklan.




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth.
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth.
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.

Borang Ketibaan


Sebelum mendarat di lapangan terbang Perth, setiap penumpang tanpa mengira umur, wajib melengkapkan borang ketibaan. Fungsi utama borang ini adalah, pengisytiharan barang dan pengesahan maklumat peribadi serta waris, untuk kegunaan pihak kastam dan imigresen Australia. Pegang borang yang sudah dilengkapkan, serah dan pamerkan kali pertama kepada pegawai imigresen dan kali kedua kepada pegawai kastam yang bertugas.

*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +6011-37068905
*                     *                      *


Sumber Google: Borang Ketibaan

Iklan:
Klik pada gambar untuk ke pautan iklan.




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth.
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth.
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.