Showing posts with label Kenderaan. Show all posts
Showing posts with label Kenderaan. Show all posts

Friday 18 November 2022

Airport Line - Tren Airport di Perth

Premier of Western Australia menaiki Perth Airport Line


Ini berita baik untuk mereka yang bergerak secara solo/DIY/bekpek. Anda boleh berjimat untuk bergerak dari Perth International Airport ke Perth City dengan menaiki tren Airport Line.

Ya, jimat masa serta wang. Ini kerana stesen di airport bersambung terus (direct) ke stesen di Perth City. Tiada transit, tiada lompat-lompat. Stesen di airport juga berada betul-betul dihadapan bangunan terminal.

Apa yang perlu anda ambil tahu?

A) Masa Operasi Tren dari Airport ke Perth City

Isnin - Jumaat : 5.45pagi hingga 12.20 tgh malam

Sabtu: 6.20pagi hingga 12.20 tgh malam

Ahad & Cuti Umum: 7.45pagi hingga 12.20 tgh malam 

Kekerapan: 15min hingga 30min bergantung kepada waktu kemuncak.

B) Masa Operasi Tren dari Perth City ke Airport

Isnin - Jumaat : 5.10pagi hingga 1.30pagi

Sabtu: 5.45pagi hingga 1.30pagi

Ahad & Cuti Umum: 7.05pagi hingga 11.45malam

Kekerapan: 15min hingga 30min bergantung kepada waktu kemuncak

C) Harga Tiket

Harga tiket sehala adalah AU$5 sahaja. Tiket boleh dibeli di mesin tiket semasa di stesen.

D) Tempoh Perjalanan

Perjalanan hanya mengambil masa 20minit sahaja. Sempatlah anda shopping lagi sebelum balik tanah air, ahakz.

E) Lokasi stesen Airport



Buat traveler tegar yang memang nak berjimat setiap kali travel. Inilah mode pengangkutan yang anda cari. Selamat mencuba.













Sewa kereta murah Perth

Bagi mereka yang ingin menziarahi Perth, Western Australia (WA). Memerlukan kereta (5 seaters), MPV (8 seaters) & SUV (7 seaters). Anda sekarang punyai pilihan baru, yang murah, mudah dan tidak memeningkan kepala.

Para pemegang lesen memandu Malaysia/Singapura/Brunai. Syarikat ini sudah kenal dan serasi dengan anda. Anda boleh melakukan tempahan melalui wasap kepada Pn.Syad (+6011-37068905). Pembayaran melalui online dengan mengunakan Kad Debit (Bank/Bigpay/Wise).

Apa yang diperlukan adalah maklumat penyewa seperti berikut:
- Nama Penuh.
- No Lesen (guna No MyKad untuk rakyat Malaysia).
- Tarikh Lahir.
- No Handphone.
- Alamat email.
- Bilangan Penumpang (Dewasa/Kanak-kanak/Bayi)
- Tarikh/Masa (ambil & pulangkan) sila lihat waktu serta hari operasi.



MURAH!!! 
Ya, harga Pn.Syad jauh lebih murah dari booking secara online...mengapa mahu bayar lebih???

Harga termasuk:
- Zero Access Insuran (tidak perlu bayar apa-apa sekiranya berlaku kerosakan/kemalangan terhadap kenderaan. Kecuali bahagian bumbung serta cermin kenderaan).
- Unlimited Kilometer (bohong jika bercuti di Perth tidak jalan jauh, elakkan kerugian di masa hari pemulangan).
- Full Tank Petrol (terus berjalan tanpa pening kepala, pulangkan dalam keadaan FULL TANK untuk elakkan kerugian).

Add-on atau tambahan:
- GPS Navigation (jangan memandai-mandai memandu tanpa GPS, mudah sesat di kawasan tiada liputan internet).
- Child Seat (wajib untuk semua kanak-kanak bawah 4 tahun untuk memakai Child Seat).

PERINGATAN!!!
1) Semua penumpang WAJIB memakai tali pinggang keselamatan, walaupon bayi dan kanak-kanak.
2) Pemandu wajib patuhi had kelajuan disepanjang perjalanan.
3) Rancang perjalanan anda untuk elakkan kehabisan minyak di tenggah jalan. Tiada RnR sepanjang jalan, tandas dan kedai makan juga tiada.
4) JANGAN memandu mulai 30 minit sebelum Maghrib sehingga 30 minit selepas matahari terbit, haiwan liar banyak melintas jalan raya pada waktu tersebut. Ramai dikalangan pemandu telah banyak kerugian kerana melanggar haiwan melintas.


*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +6011-37068905
*                     *                      *




Cara pembayaran?
Di Australia. Ramai yang tertanya-tanya hal ini. Hanya perlukan kad kredit/debit (Bank/Bigpay/Wise). Wajib  nama yang sama dikalangan penumpang/pemandu kereta sewa. Tiada pembayaran secara tunai.

Nilai tukaran adalah mengikut nilai tukaran semasa yang dicas oleh syarikat kad kredit/ debit (Bank/Bigpay/Wise).

Batalkan Tempahan?
Tiada masalah, anda berhak batalkan tempahan anda tidak kurang tempoh 7 hari (waktu berkerja) sebelum daripada tarikh ketibaan, deposit tempahan tidak dipulangkan. Cas pembatalan extra akan dikenakan sekiranya pembatalan dilakukan kurang daripada 7 hari (waktu bekerja).



Jangan lupa ambil insuran penuh!
Ya, jangan terlalu memandang remeh hal ini. Ambil insuran penuh untuk kenderaan anda.




Jangan lupa ambil kerusi budak/bayi!
Baby/Child Seat merupakan kewajipan di Australia. Jangan perjudikan keselamatan anak anda.




Jangan lupa GPS Navigation!
Khuatir kuota data handphone anda habis, terperangkap pula di pekan yang tiada coverage. Ianya suatu yang merunsingkan.




Jangan lupa untuk ambil khidmat Airport Transfer!
Airport Transfer sehingga 11 orang per tempahan. Tiada shuttle antara 1:00 pagi hingga 3:30 pagi setiap hari.



Mereka sedia membantu anda.


Hp: +6011-37068905  (Klik pada nombor untuk mulakan pertanyaan WhatsApp)
email: homestayzperth@gmail.com

Lokasi:Kewdale (5 Kilometer dari Perth International Airport)
Waktu & Hari Operasi:
Isnin - Sabtu : 7 pagi - 6 petang
Ahad : 7 pagi - 1 petang


Jenis-jenis kenderaan yang di sediakan, atau yang setaraf.

Nissan Micra (4 dewasa)

Hyundai i20 (4 dewasa)


Hyundai Accent Hatchback (4 dewasa 1 budak)

Hyundai Accent (4 dewasa 1 budak)
 













Nissan Pulsar (5 dewasa)


Nissan Xtrail (5 dewasa 2 budak)











KIA Grand Carnival (8 dewasa) memerlukan Bond AU$110








Cadangan Pautan Lain:
Tips Kereta Sewa
Khidmat Supir / kereta sewa di Perth




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth?
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth!
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.

Jom jadi geng Facebook kami di Cuti Study Kerja Niaga Perth Australia

Wednesday 13 April 2022

Transperth 380: Bas dari Perth Airport - Perth City - Perth Airport


Berita baik buat semua penziarah dan musafir di Perth WA. Kini anda boleh berjimat dari segi kos pengangkutan dari Perth Airport (Terminal 1) - Perth City (Esplanade Bus Station). Dengan tambang tiket Zone 2 (AUD4.50 seorang dewasa - semasa artikel ini dibuat).

*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +6011-37068905
*                     *                      *

Bas 380 Transperth : Airport - Perth City


Bas 380 (Transperth) merupakan laluan baru untuk mereka yang memerlukan bas dari Airport ke City. Laluan terus dengan hentian terhad ini, mampu membawa anda dari Airport ke City dalam tempoh 40minit sahaja. Laluan ini bermula seawal 5:20 pagi, membawa ke lewat malam 1:20 pagi. Dengan jarak 30 minit setiap perkhidmatan, kecuali selepas 10 malam. Jadual ini adalah hampir sama, tanpa banyak perubahan SETIAP HARI, tanpa mengira Sabtu, Ahad atau Cuti Umum (Sila baca nota 'Legend' dibawah jadual masa perjalanan untuk mengelak kekeliruan).

*                     *                      *
*                     *                      *

Jadual masa perjalanan bas 380

Peta Laluan Bas 380.

*                     *                      *
*                     *                      *






*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +6011-37068905

*                     *                      *

Bagaimana mahu beli tiket???

1) Tunggu bas di perhentian yang telah disediakan, beratur dalam keadaan sabar sekiranya ramai.

2) Setibanya bas di perhentian, naik melalui pintu hadapan, sekiranya bagasi anda beroda dan berat, mohon pertolongan pemandu bas untuk turunkan 'RAMP'. Ucap "Ramp, please !".

3) Setibanya di tepi pemandu, beritahu yang kamu ingin beli tiket Zone 2 diikuti bilangan orang. Sebagai contoh, "Hi good day, Zone 2, please! Five(5) Adults and Two(2) Children". Sila bayar dengan menggunakan wang kecil, bukan AUD50 atau AUD100, kerana syarikat bas tidak menyediakan wang tunai yang banyak di atas bas, atas faktor keselamatan bas.

4) Setelah bayar, JANGAN lupa ambil resit yang sudah di cetak. Setiap seorang, sekeping resit. SIMPAN resit untuk pemeriksaan. Ini kerana, resit bas sah digunakan dalam tempoh 2 jam.


*                     *                      *

*                     *                      *
Promosi Perth Kereta Sewa:
Klik iklan untuk membuat pertanyaan




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth?
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth!
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.

Jom jadi geng Facebook kami di Cuti Study Kerja Niaga Perth Australia

Khidmat supir / kereta sewa di Perth


Iklan: ZPB003

B'grk scara sndiri di Perth dlm famili yg besar mngkin akan m'hadapi mslh pengangkutan. Lagi2 ada m'bawa anak kecil dan warga tua. Utk. di Perth, beberapa blogger ada rekemen sorg supir atau driver guide yg dpt bantu dlm khidmat nyewa kereta. Dia org Melayu yg bantu umat Islam ziarah Perth dgn lebih efisien, mudah b'komunikasi. Juga d'bw ziarah Masjid2/Surau serta ke kdai HALAL. Sila tny Pn.Syad (+6011-37068905 klik nombor untuk mula wasap) utk dpt maklumat dgn lebih lnjut.

*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +6011-37068905
*                     *                      *

Berikut antara khidmat yg dia berikan. Upah t'masuk kenderaan, pemandu, minyak, parking dan wifi.
Kadar harga bagi tahun 2022/2023.

Dalam Daerah Perth (Jika booking selama 3 Hari Trip)
Lokasi Cover: Perth City/ Swan Valley/ Fremantle/ Rockingham/ Joondalup/ Scarborough/ Dianella/ Araluen/ Pickering Brook.

Penumpang 2-4 org:
Supir/Driver Guide $270.00 sehari (Tiada Had Masa/boleh bincang)
Ambil/hantar Airport $50 per trip

Penumpang 5-6 org:
Supir/Driver Guide $350.00 sehari (Tiada Had Masa/boleh bincang)
Ambil/hantar Airport $50 per trip

Penumpang 7-11 org:
Supir/Driver Guide $400.00 sehari (Tiada Had Masa/boleh bincang)
Ambil/hantar Airport $50 per trip

Dalam Daerah Perth (Jika booking selama 4 & 5 Hari Trip)
Lokasi Cover: Perth City/ Swan Valley/ Fremantle/ Rockingham/ Joondalup/ Scarborough/ Dianella/ Araluen/ Pickering Brook.

Penumpang 2-4 org:
Supir/Driver Guide $260.00 sehari (Tiada Had Masa/boleh bincang)
Ambil/hantar Airport $50 per trip

Penumpang 5-6 org:
Supir/Driver Guide $340.00 sehari (Tiada Had Masa/boleh bincang)
Ambil/hantar Airport $50 per trip

Penumpang 7-11 org:
Supir/Driver Guide $390.00 sehari (Tiada Had Masa/boleh bincang)
Ambil/hantar Airport $50 per trip

Dalam Daerah Perth (Jika booking selama 6 Hari Trip atau lebih)
Lokasi Cover: Perth City/ Swan Valley/ Fremantle/ Rockingham/ Joondalup/ Scarborough/ Dianella/ Araluen/ Pickering Brook.

Penumpang 2-4 org:
Supir/Driver Guide $250.00 sehari (Tiada Had Masa/boleh bincang)
Ambil/hantar Airport $50 per trip

Penumpang 5-6 org:
Supir/Driver Guide $330.00 sehari (Tiada Had Masa/boleh bincang)
Ambil/hantar Airport $50 per trip

Penumpang 7-11 org:
Supir/Driver Guide $380.00 sehari (Tiada Had Masa/boleh bincang)
Ambil/hantar Airport $50 per trip

Luar Daerah Perth (Minimum 4 Hari Berturut-turut)
Utara:
1) Pinnacle/Lancelin: tambahan $100 utk kos minyak
2) Geraldton: tambahan $200 utk kos minyak


Selatan:
Mandurah/Bunbury/Busselton: tambahan $100 utk kos minyak
Margaret River/Leeuwin/Augusta: tambahan $200 utk kos minyak
Denmark/Albany: tambahan $200 utk kos minyak

Timur:
Katanning: tambahan $100 utk kos minyak
Wave Rock: tambahan $200 utk kos minyak 





 Sumber Google: Antara Kenderaan yg ada disediakan (berserta driver)


Cadangan Pautan Lain:

Sewa kereta murah Perth

Promosi Perth Kereta Sewa:
Klik iklan untuk membuat pertanyaan




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth?
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth!
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.

Jom jadi geng Facebook kami di Cuti Study Kerja Niaga Perth Australia

Tips Kereta Sewa


Kita mungkin fikir, yang mana kita boleh sumbat seramai mungkin ahli keluarga dalam satu kenderaan yang kita sewa, MAAF kerana kita telah silap percaturan di situ. Sebelum anda mewakafkan wang anda kepada pak polisi, lebih elok anda kaji dulu situasi anda.

*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +6011-37068905
*                     *                      *

AMARAN: Setiap Penumpang WAJIB memakai tali pinggang keselamatan/sabuk pengaman. Sepanjang masa anda dalam kenderaan. Tanpa mengira umur. ATAU AUD 500.00 wang sumbangan ke pak polisi, boleh bayar pakai kad kredit 'ontime' tepi jalan. Nauzubillahminzalik.

Sila sewa/sediakan:
  • 'infant capsule' menghadap ke belakang - bagi bayi baru lahir hingga berumur 6 bulan.
  • 'child/baby seats' lengkap dengan tali pinggang keselamatan, menghadap ke hadapan/belakang - bagi berumur 6 bulan hingga 4 tahun.
  • 'booster' lengkap dengan tali pinggang keselamatan, menghadap ke hadapan - bagi berumur 4-7 tahun.
*                     *                      *
Sewa Kereta Murah di Perth
*                     *                      *


Penziarah: Dewasa 4 orang @ Dewasa 2 orang + Budak 2 orang
Anda paling jimat di sini, kerana anda boleh menyewa kereta Toyota Corrola Hatchback. Kereta ini jatuh dalam kategori Economy/Compact. Kereta ini mudah dipandu oleh golongan wanita dan warga emas. Jimat petrol, anda hanya guna secara purata AUD15.00 sehari dalam daerah Perth (mengikut cara pemanduan individu). Ruang bagasi yang boleh memuatkan 1 Beg Besar + 2 Beg Saiz Kabin.

Sumber Google: Kereta Toyota Corrola Hatchback (Kategori: Economy/Compact)

*                     *                      *
Sewa Kereta Murah di Perth
*                     *                      *

Penziarah: Dewasa 5 orang @ Dewasa 3 orang + Budak 1 orang
Anda boleh menyewa mana-mana kereta kategori Sedan/Full Size. Seperti Toyota Corolla Sedan. Kereta ini memngunakan petrol secara purata AUD20.00 sehari dalam daerah Perth (berbeza mengikut cara pemanduan). Ruang bagasi yang boleh memuatkan 2 Beg Besar + 3 Beg Saiz Kabin @ 1 Pram + 1 Beg Besar + 2 Beg Saiz Kabin.

Sumber Google: Kereta Toyota Corrola Sedan (Kategori: Standard/Full Size)

*                     *                      *
Sewa Kereta Murah di Perth
*                     *                      *

Penziarah: Dewasa 8 orang @ Dewasa 5 orang + Budak 2 orang
Anda boleh menyewa MPV atau 8 seaters, seperti Toyota Tarago. Kenderaan jenis ini agak kuat makan petrol apabila muatan penuh. Sekitar purata AUD25.00 sehari dalam daerah Perth (berbeza mengikut cara pemanduan). Ruang bagasi hanya boleh memuatkan 2Beg Besar + 3 Beg Saiz Kabin + 1 Beg Saiz Kabin diletakkan antara pemandu dan penumpang hadapan.

Sumber Google: Kereta Toyota Tarago (Kategori: MPV/8 Seaters/Full Size Van)

*                     *                      *
Sewa Kereta Murah di Perth
*                     *                      *
Penziarah: Dewasa/Budak 12 orang
Anda adalah penziarah bajet, kerana anda mampu kongsi kos sewa kenderaan. Toyota Commuter jatuh dalam kategori People Mover, Mini Bus atau 12 Seaters. TETAPI anda perlu mahir memandu kenderaan bersaiz panjang dan tinggi, umpama lori 1 tan. Kenderaan 'Long Base' memerlukan radius atau jejari pusingan yang amat besar, ketinggian bersih 2.5 meter dan penggunaan diesel secara purata AUD30.00 sehari dalam daerah Perth (berbeza mengikut cara pemanduan). Kenderaan boleh memuatkan 4 Beg Besar (pintu belakang) + 4 Beg Saiz Kabin (pintu sisi).


Sumber Google: Kereta Toyota Commuter (Kategori: People Mover/Mini Bus/12 Seaters)

*                     *                      *
Sewa Kereta Murah di Perth
*                     *                      *
Penziarah Outdoor: Dewasa 5 orang
Bagi pengemar aktiviti outdoor, SUV atau 4 wheels antara pilihan anda. Dengan pengunaan diesel secara purata AUD20.00 sehari di atas jalan sekitar daerah Perth. Mampu membawa anda ke segenap pelusuk daerah Perth tanpa keraguan, insya Allah.

Sumber Google: Kereta Toyota Landcruiser (Kategori: SUV/4WD)


*                     *                      *
Sewa Kereta Murah di Perth
*                     *                      *

Jenis dan Harga Petrol/Diesel (secara purata)
Tahun: April 2022
Hari: Jumaat - Ahad/ Cuti Umum
Jenama: Berbeza mengikut jenis syarikat pembekal, contohnya Shell, Caltex, BP, Gull, United dan lain-lain.
Ron 91/ULD: AUD 1.66 (165.9 cents) per liter <<< Sila guna yang ini bagi kenderaan petrol.
Ron 95/PULD: AUD 1.80 (179.5 cents) per liter
Ron 98/Premium: AUD 1.90 (189.5 cents) per liter
Diesel: AUD 1.88 (187.7 cents) per liter

Hari: Isnin - Khamis
Jenama: Berbeza mengikut jenis syarikat pembekal, contohnya Shell, Caltex, BP, Gull, United dan lain-lain.
Ron 91/ULD: AUD 1.58 (158.4 cents) per liter <<< Sila guna yang ini bagi kenderaan petrol.
Ron 95/PULD: AUD 1.77 (176.5 cents) per liter
Ron 98/Premium: AUD 1.87 (187.3 cents) per liter
Diesel: AUD 1.84 (184.4 cents) per liter

*untuk mencari kereta sewa, anda boleh scroll di bahagian bawah page, ada terdapat beberapa jenis syarikat sewa yang anda boleh pilih.


Cadangan Pautan Lain:
Sewa kereta murah di Perth
Khidmat supir / kereta sewa di Perth


Promosi Perth Kereta Sewa:
Klik iklan untuk membuat pertanyaan




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth?
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth!
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.

Jom jadi geng Facebook kami di Cuti Study Kerja Niaga Perth Australia

Lesen Memandu di Perth


Penziarah yang berhati kering untuk memandu di Perth adalah antara yang diberi 'double thumb up' oleh para penziarah lain. 'Hire and Drive', senang je kan. TETAPI jangan dilupa dengan status lesen memandu anda. Kelak anda akan menghadapi masalah antaranya semasa hendak menyewa kenderaan, ketika 'road block', dan ketika di tahan oleh pak polisi. Ayuh kita usya status lesen kita.

*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +6011-37068905
*                     *                      *

Kelas: B2, B1, B, D dan DA sahaja

Lesen Antarabangsa - TIDAK perlu, RM150.00 harganya.

Lesen Memandu Malaysia (Lama) - Bagi mereka yang masih memegang lesen lama. Perlu ke pejabat JPJ berdekatan, tambah tempoh baru untuk lesen anda agar menjadi setahun tempoh sah lesen. Kemudian memohon untuk mendapatkan surat terjemahan ke Bahasa Inggeris. Anda perlu nyatakan yang anda akan ziarah negara Australia kepada pegawai JPJ yang bertugas. RM10 jika tidak silap bayaran proses. Jika sudah perolehi, sila pastikan lesen memandu anda sentiasa di badan anda berserta dengan passport anda. Untuk rujukan anggota awam Australia kelak.

Sumber Google: Lesen Memandu Malaysia (Lama) - Bergambar dan Tambahan

*                     *                      *
Sewa Kereta Murah di Perth
*                     *                      *

Lesen Memandu Malaysia (Baru) - Bagi yang sudah mempunyai lesen memandu jenis ini. TAHNIAH kerana anda boleh terus memandu di Perth. Ini kerana segala maklumat di lesen memandu mempunyai terjemahan di dalam Bahasa Inggeris. TETAPI, hanya sah laku jika bersertakan passport anda juga, jika di minta tunjuk oleh anggota awam di Perth kelak.

Sumber Google: Lesen Memandu Malaysia (Baru)

*                     *                      *
Sewa Kereta Murah di Perth
*                     *                      *

Lesen Memandu Western Australia - Buat pengetahuan kita semua, kita boleh memandu tanpa perlu menukar kepada Lesen Memandu Western Australia di Perth sepanjang masa kita berkunjung di sini. Bagi mereka penziarah secara 'Backpackers', anda boleh meneruskan mengguna lesen memandu tanah air anda selagi lesen memandu anda tidak tamat tempoh. Walaupun anda sudah lebih tempoh 3 bulan di Australia. Jika sudah tamat tempoh, baru anda perlu memohon untuk tukar kepada Lesen Memandu Western Australia, dengan membuat ujian teori dan praktikal memandu seperti mana kita memohon lesen di JPJ dulu-dulu.

*                     *                      *
Sewa Kereta Murah di Perth
*                     *                      *

Jenis Kenderaan yang anda boleh pandu di Perth:
- Motorsikal 50cc dan keatas (dua roda sahaja)
- Kereta (Auto/Manual - bergantung kepada jenis lesen anda)
- SUV (Auto/Manual - bergantung kepada jenis lesen anda)
- MPV (Auto/Manual - bergantung kepada jenis lesen anda)
- Van/Mini Bus 12seaters dan ke bawah sahaja (Auto/Manual - bergantung kepada jenis lesen anda)

Promosi Perth Kereta Sewa:
Klik iklan untuk membuat pertanyaan




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth?
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth!
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.

Jom jadi geng Facebook kami di Cuti Study Kerja Niaga Perth Australia