Friday 18 November 2022

Airport Line - Tren Airport di Perth

Premier of Western Australia menaiki Perth Airport Line


Ini berita baik untuk mereka yang bergerak secara solo/DIY/bekpek. Anda boleh berjimat untuk bergerak dari Perth International Airport ke Perth City dengan menaiki tren Airport Line.

Ya, jimat masa serta wang. Ini kerana stesen di airport bersambung terus (direct) ke stesen di Perth City. Tiada transit, tiada lompat-lompat. Stesen di airport juga berada betul-betul dihadapan bangunan terminal.

Apa yang perlu anda ambil tahu?

A) Masa Operasi Tren dari Airport ke Perth City

Isnin - Jumaat : 5.45pagi hingga 12.20 tgh malam

Sabtu: 6.20pagi hingga 12.20 tgh malam

Ahad & Cuti Umum: 7.45pagi hingga 12.20 tgh malam 

Kekerapan: 15min hingga 30min bergantung kepada waktu kemuncak.

B) Masa Operasi Tren dari Perth City ke Airport

Isnin - Jumaat : 5.10pagi hingga 1.30pagi

Sabtu: 5.45pagi hingga 1.30pagi

Ahad & Cuti Umum: 7.05pagi hingga 11.45malam

Kekerapan: 15min hingga 30min bergantung kepada waktu kemuncak

C) Harga Tiket

Harga tiket sehala adalah AU$5 sahaja. Tiket boleh dibeli di mesin tiket semasa di stesen.

D) Tempoh Perjalanan

Perjalanan hanya mengambil masa 20minit sahaja. Sempatlah anda shopping lagi sebelum balik tanah air, ahakz.

E) Lokasi stesen Airport



Buat traveler tegar yang memang nak berjimat setiap kali travel. Inilah mode pengangkutan yang anda cari. Selamat mencuba.