Sebelum membeli tiket penerbangan, adalah dinasihatkan untuk membeli visa pelancong (ETA - Electronic Travel Authority) secara online atau melalui applikasi. Harga untuk seorang individu tanpa mengira umur adalah AUD 20.00, bersamaan MYR 62.00 (kadar tukaran matawang ketika post ini). Pembayaran boleh dibuat secara kad kredit/debit. Paling penting sekali, tempoh tamat passport lebih dari 6 bulan, paling sempurna lebih 1 tahun kerana visa pelancong ini diluluskan untuk tempoh 12 bulan. Syarat masuk adalah sekerap yang mungkin dalam tempoh 12 bulan diberi, maksudnya boleh ziarah banyak kali ke Perth. Setiap kali masuk hanya diberi keizinan berada dalam negara Australia semaksimum 3 bulan sahaja. Sesuai untuk penziarah secara mengembara atau 'Backpackers' yang berpindah-pindah dari bandar ke bandar, atau negeri ke negeri. Australia ini luas untuk dijelajahi.
* * *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth
atau wasap +6011-37068905
* * *
Anda boleh muat turun aplikasi AustralianETA di Google Play atau Apple Store.
Setelah membeli visa pelancong secara online, pengesahan kelulusan visa akan dihantar ke email kita dalam tempoh 24 jam. Tapi proses kelulusan juga boleh memakan masa sehinga 7 hari.
Tips: Bagi kita umat Islam yang mempunyai nama ber'bin' dan ber'binti', contoh Labu Bin Kundur. Maka Family Name/ Surname/ Last Name adalah Kundur. Manakala Given Name/First Name adalah Labu. Insya Allah AustalianETA banyak membantu ketika permohonan kelak.
Iklan:
Klik pada gambar untuk ke pautan iklan. |
~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth.
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth.
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.