Wednesday 13 April 2022

Makan Halal Perth: Satay On Charcoal (South Perth)


Satay On Charcoal, merupakan antara tempat makan muslim yang terdapat di daerah Perth. Jika dari bandar Perth, hanya mengambil masa 15 minit perjalanan memandu sahaja. Terletak di seberang Swan River di kawasan South Perth. Berikut merupakan maklumat perniagaan mereka.

*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +6011-37068905
*                     *                      *

Speciality: Satay & Street Food (ala carte/nasi lemak)

Alamat: 16 Mends St, South Perth (Shop 6)

Masa: 4petang hingga 9malam (Buka setiap hari)


Nombor untuk dihubungi: +61 430 190 984
Google Map: Satay On Charcoal


Sijil Halal: Sendiri, dioperasi sepenuhnya oleh orang muslim.


Jika kepada meraka yang memandu, terdapat tempat parking berbayar di hadapan kedai mereka. Sila rujuk mereka untuk mengetahui cara dan tempoh bayar, sebab ada masanya PERCUMA. Atau bagi penziarah yang gemar berjalan kaki, anda boleh menaiki feri Transperth dari bandar, naik di Barrack St. Jetty (berdekatan Bell Tower) dan turun di Mends St. Jetty dengan kadar harga 1 Zone. Kemudian berjalan kaki 5 minit untuk sampai di kedai mereka.


Satay On Charcoal sedia menerima tempahan ruang (reservation), sila hubungi mereka untuk melakukan sedemikian. Begitu juga khidmat penghantaran ke penginapan anda, sila hubungi mereka untuk melakukan sedemikian.


SELAMAT MENJAMU!

Peta - Perjalanan ke Jeti Barrack Street dari Pusat Bandar Perth


Peta - Menaiki feri (Zone 1) menyeberangi Swan River, dari Jeti Barrack St. ke Mends St.
Peta - Perjalanan yang singkat secara berjalan kaki ke kedai Satay on Charcoal.

Promosi Perth Kereta Sewa:
Klik iklan untuk membuat pertanyaan




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth?
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth!
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.

Jom jadi geng Facebook kami di Cuti Study Kerja Niaga Perth Australia