Wednesday 13 April 2022

Lokasi ziarah Masjid Hepburn (Padbury)



Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Pepatah melayu sungguh tepat dalam mengambarkan keadaan iman kita. Walaupon jauh kita merantau, berbeza geografi dan ekonomi, namun kita masih mendukung penyaksian kepada Allah yang Maha Esa.

*                     *                      *
PROMOSI homestay muslim di Instagram @homestayzperth 
*                     *                      *

Begitu juga kepada penduduk Islam sekitar suburb Padbury, lokasi sekitar 20 minit di bahagian utara Perth City. Mereka hadir solat berjemaah dan melakukan aktiviti agama di Masjid Hepburn atau lebih dikenali sebagai Masjid Al-Majid. (Nota: Anda boleh menempah homestay berhampiran masjid di +6011-37068905)

Anda lebih mudah untuk sampai dengan memandu di Mitchell Freeway (Fwy), keluar di susur keluar Hepburn Avenue (Ave) dan terus menuju ke Hepburn Heights. Landmark yang mudah untuk ditentukan adalah terdapatnya sebuah stesen minyak United di bahagian kanan anda. (Nota: Anda menyewa dan memandu kereta di +6011-37068905)


Anda perlu memasuki kawasan perumahan Hepburn Heights, masjid terdapat di puncak bukit di kawasan perumahan tersebut. Beralamat di 64 Walter Padbury Boulevard (Blvd), Padbury WA. 

Kawasan masjid yang damai, dikelilingi oleh pohon zaitun dan bunga mawar, ditambahkan lagi dengan gerbang yang indah, menambahkan lagi seri masjid ini. Anda akan melalui sebuah dataran seluas gelanggang basketball sebelum anda memasuki ruang bangunan masjid. Kasut seeloknya dibuka dan disusun di ruang meletak kasut. Bagi menjaga kekemasan masjid.

Kepada jemaah wanita, anda perlu melalui ruang solat wanita untuk memasuki tempat wudhu/tandas wanita. Kepada jemaah lelaki, ruang wudhu/tandas lelaki terdapat di hujung masjid, berhampiran bilik dapur.

Masjid ini dibina pada sekitar tahun 2000-2001 hasil duit derma orang ramai. Bangunan utama masjid ini dirasmikan oleh Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud (Yang di-pertua Negeri Sarawak) yang pada ketika itu berjawatan sebagai Ketua Menteri Negeri Sarawak.

Masjid ini melaksanakan solat jumaat setiap minggu dan solat hari raya (Eid-Fitri & Eid-Adha) setiap tahun. Keluasan ruang solat jumaat yang agak luas, boleh menampung sehingga hampir 400 orang pada satu-satu masa. Cukup selesa untuk beribadah.

Akhir kata, moga percutian anda lancar, berjaya dan barakah. Layari www.ziarahperth.blogspot.com untuk lebih info berkaitan Perth, Australia.



Iklan:
Klik pada gambar untuk ke pautan iklan.




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth.
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth.
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.