Wednesday 13 April 2022

Ziarah Masjid Jamek Perth


Setibanya anda di Perth. Apalah salahnya meluangkan masa untuk menziarahi Masjid Jamek Perth di 427 William St., Perth. Lokasi masjid ini yang hampir dengan Malaysia Hall Perth iaitu 5 minit jalan kaki, dan sejauh 1km dari bandar iaitu 20 minit jalan kaki.

Masjid Jamek Perth sudah lebih 100 tahun penubuhannya. Ramai para penziarah dikalangan pendakwah Islam seluruh dunia mengimarahkan masjid ini yang tidak pernah tutup berkunci. Sekiranya pintu pagar kayu di hadapan masjid berkunci, anda boleh memasuki masjid dengan melalui pintu pagar kayu di belakang masjid. Insya Allah.

*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +6011-37068905
*                     *                      *

Azan yang dilaungkan oleh bilal masjid adalah tanpa pembesar suara. Dengan itu, kita umat Islam perlu peka dengan masuknya waktu solat fardhu. Manakala iqamah pula tidak dilaungkan sejurus azan, tetapi pihak pengurusan masjid telah menetapkan waktu untuk iqamah bagi solat berjemaah. Sebagai contoh solat Jumaat, telah ditetapkan untuk mula khutbah pada jam 1pm setiap minggu.

Antara aktiviti mingguan adalah majlis bayan atau muzakarah pada setiap Jumaat malam Sabtu selepas waktu Isya'. Marilah kita bersama menziarahi masjid di Perth. Kerana sesungguhnya, setiap niat dan nawaitu yang mulia, akan Allah s.w.t. bantu permudahkan dan berkati perjalanan itu. Insya Allah.
Sumber Google: Masjid Jamek Perth

Promosi Perth Kereta Sewa:
Klik iklan untuk membuat pertanyaan




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth?
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth!
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.

Jom jadi geng Facebook kami di Cuti Study Kerja Niaga Perth Australia