Wednesday 13 April 2022

Teksi di Perth


Perkhidmatan teksi di Perth umpama cendawan tumbuh semenjak 2-3 tahun kebelakangan ini. Perkhidmatan mereka boleh menampung sehingga 11 orang (Swan Taxi), tapi bergantung atas ketersediaan servis. Terdapat juga beberapa khidmat teksi lain di sekitar bandar Perth. Kadar tambang di Perth adalah tetap dan mengikut kiraan meter. Seperti biasa mana-mana bandar utama yang lain, kadar tambang waktu malam dan hujung minggu amatlah tinggi kiraannya.

Kini anda boleh menempah e-hailing di Perth melalui aplikasi UBER. Lebih mudah, lebih cepat dan lebih jimat.

*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +6011-37068905
*                     *                      *

Sumber Google: Teksi London, daya tarikan terkini di Perth

Promosi Perth Kereta Sewa:
Klik iklan untuk membuat pertanyaan




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth?
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth!
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.

Jom jadi geng Facebook kami di Cuti Study Kerja Niaga Perth Australia

CAT Bus - Transperth


Perkhidmatan bas percuma memang dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan Perth. CAT - Central Area Transit Bus buat masa sekarang terdapat di tiga sub-urban(suburb) atau mukim berasingan iaitu Perth CBD, Fremantle dan Joondalup. Bagi suburb Perth CBD, terdapat empat laluan pusingan, iaitu Red CAT, Blue CAT, Yellow CAT dan Green CAT. Bagi suburb Fremantle, terdiri daripada dua laluan pusingan, Red CAT dan Blue CAT sahaja. Setiap laluan pusingan akan berhenti pada perhentian tertentu sahaja, yang diberi nombor giliran perhentian. Boleh semak nombor perhentian yang berhampiran dengan penginapan dan tempat ziarah di peta laluan.

*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +6011-37068905
*                     *                      *

Sila muat turun peta laluan Perth CBD CAT disini.
Sila muat turun peta laluan Fremantle CAT disini.

Sumber Google: Perhentian Red CAT

Iklan Perth Kereta Sewa:


~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth?
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth!
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.

Jom jadi geng Facebook kami di Cuti Study Kerja Niaga Perth Australia

Pengangkutan Awam - Transperth


Pengangkutan awam di Perth dikelola oleh satu syarikat bawah pengurusan pihak berkuasa tempatan. Transperth mengelolakan bas awam, keretapi awam dan feri awam di dalam daerah Perth. Tambang untuk pengangkutan awam adalah mengikut zon. Sebagai contoh Perth CBD di Zon 1 (AU$ 3.20), dalam tempoh 2 jam, tiket boleh diguna pakai sebanyak kali yang mungkin, HANYA dalam Zon 1 sahaja. Jika mahu ke Rockingham di Zon 5 (AU$ 8.50), anda boleh kemana-mana tempat dalam zon-zon antara Zon 1 hingga Zon 5 dalam tempoh 2 jam tiket dibeli.

Berita baik buat pengemar pengangkutan awam. Mulai 1 Januari 2022, kadar harga tiket Transperth hanya Zon 1 (AU$3.20) & Zon 2 (AU$4,90) sahaja. Manakala Zon 3 hingga Zon 9 hanya dikenakan bayaran Zon 2 sahaja.


*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +6011-37068905
*                     *                      *
Sumber Google: Peta Zon-Zon Transperth

Kadar Harga Tambang Bas/Tren/Feri

Bagi penziarah yang ingin mengembara secara 'Bacpackers' berpasangan, penggunaan pengangkutan awam adalah yang terbaik dan terjimat. Ini kerana kita boleh merancang perjalanan dengan berpandukan 'Google Map'. Sebagai contoh, anda dari hostel Malaysian Hall, Perth merancang untuk tiba di E-Shed Market, Fremantle jam 9pagi. Anda perlu masukkan alamat tempat permulaan perjalanan, dan alamat tempat hendak dituju. Tetapkan masa ketibaan. Maka 'Google Map' akan memberi cadangan perjalanan kepada anda, lengkap dengan Nombor Bas, Laluan Keretapi/Feri, Jam Ketibaan Bas/Keretapi/Feri dan Tempat Naik/Turun. Insya Allah 'Google Map' banyak membantu anda kelak.

*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +6011-37068905
*                     *                      *

Sumber Google: Cara Pengunaan 'Google Map'

Promosi Perth Kereta Sewa:
Klik iklan untuk membuat pertanyaan




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth?
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth!
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.

Jom jadi geng Facebook kami di Cuti Study Kerja Niaga Perth Australia

Daerah Perth


Ramai daripada kita yang keliru dengan status bandar Perth. Ada yang mengatakan ianya negeri dan ada yang kata ianya bandar. Perth adalah 'region' atau daerah kecil di dalam negeri Western Australia. Manakala negeri Western Australia pula, merangkumi hampir separuh daripada negara Australia.
*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +6011-37068905
*                     *                      *
Sumber Google: Peta Negeri-Negeri di Australia

Daerah Perth terdiri daripada beberapa 'sub-urban' atau mukim. Paling selatan adalah Mukim Singleton dan paling utara adalah Mukim Yanchep. Walaupun jarak yang pendek sejauh 120km, tapi tempoh perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit. Ini adalah kerana 'Had Laju' di jalan raya adalah rendah, purata 60km/j.

Sumber Google: Peta Daerah Perth
Bandar Perth adalah Perth CBD - Central Business District. Tidak sebesar bandar Kuala Lumpur dan Jakarta, berjarak 5km dari satu hujung ke satu hujung. Tidak sesibuk seperti bandar-bandar utama di nusantara. Walaupun begitu, ekonomi di Perth CBD amat aktif dan pesat membangun saban tahun. TETAPI waktu urusniaga mereka terlalu singkat, antara 8pagi hingga 5petang bagi pejabat-pejabat. Manakala 10pagi hingga 5petang bagi kedai dan pusat beli-belah. Waktu malam, bilangan kedai makan dan serbanika yang beroperasi adalah terhad. Maka kepada para penziarah dinasihatkan untuk merancang dengan teliti dalam hal makan malam anda.

Sumber Google: Peta Bandar Perth

Promosi Perth Kereta Sewa:
Klik iklan untuk membuat pertanyaan




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth?
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth!
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.

Jom jadi geng Facebook kami di Cuti Study Kerja Niaga Perth Australia

Musim dan Cuaca di Perth


Ramai dikalangan kita mahir dan tahu mengenai musim di Eropah, Amerika dan Jepun. Umumnya bahagian utara hemisfera bumi. Tapi ramai juga yang hampir tidak perasan, atau hampir lupa dengan bahagian selatan hemisfera bumi. Ini kerana cuaca di Perth (selatan hemisfera bumi), mempunyai musim yang bertentangan dengan musim di bahagian utara. Sebagai contoh, warga Nasrani atau Kristian Perth menyambut perayaan Krismas tanpa salji, iaitu musim panas. Pada saat post ini di buat, bulan Julai, adalah musim sejuk. Musim sejuk dan musim bunga adalah musim yang kerap menerima hujan, umpama musim tengkujuh di tanah air. Perth mempunyai klimat Mediteranean, musim sejuk tanpa salji. Umpama negara Turki, Itali, Jordan dan Mesir. Rujuk laman sesawang berkaitan, klik sini.

*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +6011-37068905
*                     *                      *

Sumber Google: Jadual Musim dan Suhu - Summer=Panas, Autumn=Luruh,
 Winter=Sejuk, Spring=Bunga

Bagaimana pula dengan musim buah-buahan? Secara umumnya, pada musim panas adalah buah anggur, ceri, strawberi, apricot & avocado. Manakala musim luruh pula untuk kebanyakan jenis buah epal. Pada musim sejuk, beberapa jenis buah epal. Semasa musim bunga pula, buah beri (termasuk strawberi), oren, limau mandarin & buah tin. Boleh rujuk laman sesawang yang berkaitan, klik sini.

Selamat mencuba.


Iklan:
Klik pada gambar untuk ke pautan iklan.

~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth.
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth.
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.

Lapangan Terbang Antarabangsa Perth T1


Lapangan Terbang Antarabangsa Perth, Terminal 1. Tidak sebesar yang kita sangkakan. Dari keluar perut kapal terbang sehingga ambil bagasi, hanya memerlukan 20 minit. Mungkin yang lama adalah pemeriksaan bagasi. Setelah selesai semua perkara tersebut. Barulah dengan lega hati keluar di ruang ketibaan. Di situ boleh tajamkan mata, panjangkan tengkuk mencari kenalan, saudara, mahupun jurupandu pelancong.

*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +6011-37068905
*                     *                      *

Bagi mereka yang waktu ketibaan, hampir dengan waktu solat fardhu. Jangan risau, kerana pihak pengurusan lapangan terbang Perth ada menyediakan ruang solat berserta tempat wudhu (Quiet Room) berhampiran ruang ketibaan. Jika anda masih di dalam ruang kastam dan imigresen, boleh solat di ruang menukar lampin bayi (Parenting Room), ruang itu kurang di gunakan.  Insya Allah.

Laman sesawang Perth International Airport, klik sini.

 Sumber Google: Pelan Lantai Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Perth

Arah kiblat, hampir umpama nusantara, cuma perlu ke arah kanan sedikit, iaitu putar arah jam dengan jarak sejengkal. Secara teknikal adalah 295.60 darjah dari Utara mengikut pusingan jam.

 Sumber Google: Arah Kiblat di Perth

WIFI Percuma. Ya, anda boleh akses ke wifi internet berkelajuan tinggi secara percuma selama 3 jam. Anda boleh akses sejurus anda keluar dari pintu pesawat. Selamat mencuba.

Iklan:
Klik pada gambar untuk ke pautan iklan.




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth.
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth.
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.

Borang Ketibaan


Sebelum mendarat di lapangan terbang Perth, setiap penumpang tanpa mengira umur, wajib melengkapkan borang ketibaan. Fungsi utama borang ini adalah, pengisytiharan barang dan pengesahan maklumat peribadi serta waris, untuk kegunaan pihak kastam dan imigresen Australia. Pegang borang yang sudah dilengkapkan, serah dan pamerkan kali pertama kepada pegawai imigresen dan kali kedua kepada pegawai kastam yang bertugas.

*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +6011-37068905
*                     *                      *


Sumber Google: Borang Ketibaan

Iklan:
Klik pada gambar untuk ke pautan iklan.




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth.
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth.
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.