Wednesday, 13 April 2022

Pengangkutan Awam - Transperth


Pengangkutan awam di Perth dikelola oleh satu syarikat bawah pengurusan pihak berkuasa tempatan. Transperth mengelolakan bas awam, keretapi awam dan feri awam di dalam daerah Perth. Tambang untuk pengangkutan awam adalah mengikut zon. Sebagai contoh Perth CBD di Zon 1 (AU$ 3.20), dalam tempoh 2 jam, tiket boleh diguna pakai sebanyak kali yang mungkin, HANYA dalam Zon 1 sahaja. Jika mahu ke Rockingham di Zon 5 (AU$ 8.50), anda boleh kemana-mana tempat dalam zon-zon antara Zon 1 hingga Zon 5 dalam tempoh 2 jam tiket dibeli.

Berita baik buat pengemar pengangkutan awam. Mulai 1 Januari 2022, kadar harga tiket Transperth hanya Zon 1 (AU$3.20) & Zon 2 (AU$4,90) sahaja. Manakala Zon 3 hingga Zon 9 hanya dikenakan bayaran Zon 2 sahaja.


*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +6011-37068905
*                     *                      *
Sumber Google: Peta Zon-Zon Transperth

Kadar Harga Tambang Bas/Tren/Feri

Bagi penziarah yang ingin mengembara secara 'Bacpackers' berpasangan, penggunaan pengangkutan awam adalah yang terbaik dan terjimat. Ini kerana kita boleh merancang perjalanan dengan berpandukan 'Google Map'. Sebagai contoh, anda dari hostel Malaysian Hall, Perth merancang untuk tiba di E-Shed Market, Fremantle jam 9pagi. Anda perlu masukkan alamat tempat permulaan perjalanan, dan alamat tempat hendak dituju. Tetapkan masa ketibaan. Maka 'Google Map' akan memberi cadangan perjalanan kepada anda, lengkap dengan Nombor Bas, Laluan Keretapi/Feri, Jam Ketibaan Bas/Keretapi/Feri dan Tempat Naik/Turun. Insya Allah 'Google Map' banyak membantu anda kelak.

*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +6011-37068905
*                     *                      *

Sumber Google: Cara Pengunaan 'Google Map'

Promosi Perth Kereta Sewa:
Klik iklan untuk membuat pertanyaan




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth?
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth!
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.

Jom jadi geng Facebook kami di Cuti Study Kerja Niaga Perth Australia