Wednesday 13 April 2022

Lesen Memandu di Perth


Penziarah yang berhati kering untuk memandu di Perth adalah antara yang diberi 'double thumb up' oleh para penziarah lain. 'Hire and Drive', senang je kan. TETAPI jangan dilupa dengan status lesen memandu anda. Kelak anda akan menghadapi masalah antaranya semasa hendak menyewa kenderaan, ketika 'road block', dan ketika di tahan oleh pak polisi. Ayuh kita usya status lesen kita.

*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +6011-37068905
*                     *                      *

Kelas: B2, B1, B, D dan DA sahaja

Lesen Antarabangsa - TIDAK perlu, RM150.00 harganya.

Lesen Memandu Malaysia (Lama) - Bagi mereka yang masih memegang lesen lama. Perlu ke pejabat JPJ berdekatan, tambah tempoh baru untuk lesen anda agar menjadi setahun tempoh sah lesen. Kemudian memohon untuk mendapatkan surat terjemahan ke Bahasa Inggeris. Anda perlu nyatakan yang anda akan ziarah negara Australia kepada pegawai JPJ yang bertugas. RM10 jika tidak silap bayaran proses. Jika sudah perolehi, sila pastikan lesen memandu anda sentiasa di badan anda berserta dengan passport anda. Untuk rujukan anggota awam Australia kelak.

Sumber Google: Lesen Memandu Malaysia (Lama) - Bergambar dan Tambahan

*                     *                      *
Sewa Kereta Murah di Perth
*                     *                      *

Lesen Memandu Malaysia (Baru) - Bagi yang sudah mempunyai lesen memandu jenis ini. TAHNIAH kerana anda boleh terus memandu di Perth. Ini kerana segala maklumat di lesen memandu mempunyai terjemahan di dalam Bahasa Inggeris. TETAPI, hanya sah laku jika bersertakan passport anda juga, jika di minta tunjuk oleh anggota awam di Perth kelak.

Sumber Google: Lesen Memandu Malaysia (Baru)

*                     *                      *
Sewa Kereta Murah di Perth
*                     *                      *

Lesen Memandu Western Australia - Buat pengetahuan kita semua, kita boleh memandu tanpa perlu menukar kepada Lesen Memandu Western Australia di Perth sepanjang masa kita berkunjung di sini. Bagi mereka penziarah secara 'Backpackers', anda boleh meneruskan mengguna lesen memandu tanah air anda selagi lesen memandu anda tidak tamat tempoh. Walaupun anda sudah lebih tempoh 3 bulan di Australia. Jika sudah tamat tempoh, baru anda perlu memohon untuk tukar kepada Lesen Memandu Western Australia, dengan membuat ujian teori dan praktikal memandu seperti mana kita memohon lesen di JPJ dulu-dulu.

*                     *                      *
Sewa Kereta Murah di Perth
*                     *                      *

Jenis Kenderaan yang anda boleh pandu di Perth:
- Motorsikal 50cc dan keatas (dua roda sahaja)
- Kereta (Auto/Manual - bergantung kepada jenis lesen anda)
- SUV (Auto/Manual - bergantung kepada jenis lesen anda)
- MPV (Auto/Manual - bergantung kepada jenis lesen anda)
- Van/Mini Bus 12seaters dan ke bawah sahaja (Auto/Manual - bergantung kepada jenis lesen anda)

Promosi Perth Kereta Sewa:
Klik iklan untuk membuat pertanyaan




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth?
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth!
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.

Jom jadi geng Facebook kami di Cuti Study Kerja Niaga Perth Australia