Wednesday 13 April 2022

Tips Kereta Sewa


Kita mungkin fikir, yang mana kita boleh sumbat seramai mungkin ahli keluarga dalam satu kenderaan yang kita sewa, MAAF kerana kita telah silap percaturan di situ. Sebelum anda mewakafkan wang anda kepada pak polisi, lebih elok anda kaji dulu situasi anda.

*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +6011-37068905
*                     *                      *

AMARAN: Setiap Penumpang WAJIB memakai tali pinggang keselamatan/sabuk pengaman. Sepanjang masa anda dalam kenderaan. Tanpa mengira umur. ATAU AUD 500.00 wang sumbangan ke pak polisi, boleh bayar pakai kad kredit 'ontime' tepi jalan. Nauzubillahminzalik.

Sila sewa/sediakan:
  • 'infant capsule' menghadap ke belakang - bagi bayi baru lahir hingga berumur 6 bulan.
  • 'child/baby seats' lengkap dengan tali pinggang keselamatan, menghadap ke hadapan/belakang - bagi berumur 6 bulan hingga 4 tahun.
  • 'booster' lengkap dengan tali pinggang keselamatan, menghadap ke hadapan - bagi berumur 4-7 tahun.
*                     *                      *
Sewa Kereta Murah di Perth
*                     *                      *


Penziarah: Dewasa 4 orang @ Dewasa 2 orang + Budak 2 orang
Anda paling jimat di sini, kerana anda boleh menyewa kereta Toyota Corrola Hatchback. Kereta ini jatuh dalam kategori Economy/Compact. Kereta ini mudah dipandu oleh golongan wanita dan warga emas. Jimat petrol, anda hanya guna secara purata AUD15.00 sehari dalam daerah Perth (mengikut cara pemanduan individu). Ruang bagasi yang boleh memuatkan 1 Beg Besar + 2 Beg Saiz Kabin.

Sumber Google: Kereta Toyota Corrola Hatchback (Kategori: Economy/Compact)

*                     *                      *
Sewa Kereta Murah di Perth
*                     *                      *

Penziarah: Dewasa 5 orang @ Dewasa 3 orang + Budak 1 orang
Anda boleh menyewa mana-mana kereta kategori Sedan/Full Size. Seperti Toyota Corolla Sedan. Kereta ini memngunakan petrol secara purata AUD20.00 sehari dalam daerah Perth (berbeza mengikut cara pemanduan). Ruang bagasi yang boleh memuatkan 2 Beg Besar + 3 Beg Saiz Kabin @ 1 Pram + 1 Beg Besar + 2 Beg Saiz Kabin.

Sumber Google: Kereta Toyota Corrola Sedan (Kategori: Standard/Full Size)

*                     *                      *
Sewa Kereta Murah di Perth
*                     *                      *

Penziarah: Dewasa 8 orang @ Dewasa 5 orang + Budak 2 orang
Anda boleh menyewa MPV atau 8 seaters, seperti Toyota Tarago. Kenderaan jenis ini agak kuat makan petrol apabila muatan penuh. Sekitar purata AUD25.00 sehari dalam daerah Perth (berbeza mengikut cara pemanduan). Ruang bagasi hanya boleh memuatkan 2Beg Besar + 3 Beg Saiz Kabin + 1 Beg Saiz Kabin diletakkan antara pemandu dan penumpang hadapan.

Sumber Google: Kereta Toyota Tarago (Kategori: MPV/8 Seaters/Full Size Van)

*                     *                      *
Sewa Kereta Murah di Perth
*                     *                      *
Penziarah: Dewasa/Budak 12 orang
Anda adalah penziarah bajet, kerana anda mampu kongsi kos sewa kenderaan. Toyota Commuter jatuh dalam kategori People Mover, Mini Bus atau 12 Seaters. TETAPI anda perlu mahir memandu kenderaan bersaiz panjang dan tinggi, umpama lori 1 tan. Kenderaan 'Long Base' memerlukan radius atau jejari pusingan yang amat besar, ketinggian bersih 2.5 meter dan penggunaan diesel secara purata AUD30.00 sehari dalam daerah Perth (berbeza mengikut cara pemanduan). Kenderaan boleh memuatkan 4 Beg Besar (pintu belakang) + 4 Beg Saiz Kabin (pintu sisi).


Sumber Google: Kereta Toyota Commuter (Kategori: People Mover/Mini Bus/12 Seaters)

*                     *                      *
Sewa Kereta Murah di Perth
*                     *                      *
Penziarah Outdoor: Dewasa 5 orang
Bagi pengemar aktiviti outdoor, SUV atau 4 wheels antara pilihan anda. Dengan pengunaan diesel secara purata AUD20.00 sehari di atas jalan sekitar daerah Perth. Mampu membawa anda ke segenap pelusuk daerah Perth tanpa keraguan, insya Allah.

Sumber Google: Kereta Toyota Landcruiser (Kategori: SUV/4WD)


*                     *                      *
Sewa Kereta Murah di Perth
*                     *                      *

Jenis dan Harga Petrol/Diesel (secara purata)
Tahun: April 2022
Hari: Jumaat - Ahad/ Cuti Umum
Jenama: Berbeza mengikut jenis syarikat pembekal, contohnya Shell, Caltex, BP, Gull, United dan lain-lain.
Ron 91/ULD: AUD 1.66 (165.9 cents) per liter <<< Sila guna yang ini bagi kenderaan petrol.
Ron 95/PULD: AUD 1.80 (179.5 cents) per liter
Ron 98/Premium: AUD 1.90 (189.5 cents) per liter
Diesel: AUD 1.88 (187.7 cents) per liter

Hari: Isnin - Khamis
Jenama: Berbeza mengikut jenis syarikat pembekal, contohnya Shell, Caltex, BP, Gull, United dan lain-lain.
Ron 91/ULD: AUD 1.58 (158.4 cents) per liter <<< Sila guna yang ini bagi kenderaan petrol.
Ron 95/PULD: AUD 1.77 (176.5 cents) per liter
Ron 98/Premium: AUD 1.87 (187.3 cents) per liter
Diesel: AUD 1.84 (184.4 cents) per liter

*untuk mencari kereta sewa, anda boleh scroll di bahagian bawah page, ada terdapat beberapa jenis syarikat sewa yang anda boleh pilih.


Cadangan Pautan Lain:
Sewa kereta murah di Perth
Khidmat supir / kereta sewa di Perth


Promosi Perth Kereta Sewa:
Klik iklan untuk membuat pertanyaan




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth?
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth!
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.

Jom jadi geng Facebook kami di Cuti Study Kerja Niaga Perth Australia