Berita baik buat semua penziarah dan musafir di Perth WA. Kini anda boleh berjimat dari segi kos pengangkutan dari Perth Airport (Terminal 1) - Perth City (Esplanade Bus Station). Dengan tambang tiket Zone 2 (AUD4.50 seorang dewasa - semasa artikel ini dibuat).
* * *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth
atau wasap +614-49902697
* * *
Bas 380 Transperth : Airport - Perth City |
Bas 380 (Transperth) merupakan laluan baru untuk mereka yang memerlukan bas dari Airport ke City. Laluan terus dengan hentian terhad ini, mampu membawa anda dari Airport ke City dalam tempoh 40minit sahaja. Laluan ini bermula seawal 5:20 pagi, membawa ke lewat malam 1:20 pagi. Dengan jarak 30 minit setiap perkhidmatan, kecuali selepas 10 malam. Jadual ini adalah hampir sama, tanpa banyak perubahan SETIAP HARI, tanpa mengira Sabtu, Ahad atau Cuti Umum (Sila baca nota 'Legend' dibawah jadual masa perjalanan untuk mengelak kekeliruan).
* * *
* * *
Jadual masa perjalanan bas 380 |
Peta Laluan Bas 380.
* * *
* * *
|
* * *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth
atau wasap +614-49902697
* * *
Bagaimana mahu beli tiket???
1) Tunggu bas di perhentian yang telah disediakan, beratur dalam keadaan sabar sekiranya ramai.
2) Setibanya bas di perhentian, naik melalui pintu hadapan, sekiranya bagasi anda beroda dan berat, mohon pertolongan pemandu bas untuk turunkan 'RAMP'. Ucap "Ramp, please !".
3) Setibanya di tepi pemandu, beritahu yang kamu ingin beli tiket Zone 2 diikuti bilangan orang. Sebagai contoh, "Hi good day, Zone 2, please! Five(5) Adults and Two(2) Children". Sila bayar dengan menggunakan wang kecil, bukan AUD50 atau AUD100, kerana syarikat bas tidak menyediakan wang tunai yang banyak di atas bas, atas faktor keselamatan bas.
4) Setelah bayar, JANGAN lupa ambil resit yang sudah di cetak. Setiap seorang, sekeping resit. SIMPAN resit untuk pemeriksaan. Ini kerana, resit bas sah digunakan dalam tempoh 2 jam.
* * *
* * *
Promosi Perth Kereta Sewa:
Klik iklan untuk membuat pertanyaan |
~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth?
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth!
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.
Jom jadi geng Facebook kami di Cuti Study Kerja Niaga Perth Australia