Wednesday, 13 April 2022

Pengunaan Handphone & SIM Kad/Card di Perth


Ramai dikalangan penziarah mengajukan soalan kepada kami. Perlukah beli SIM Kad/Card Australia? Telco mana yang bagus? Apa yang murah? Berbaloi atau tidak? Boleh ke guna Perantauan Antarabangsa / International Roaming? Berapa kadar yang dikenakan? Jujur kami katakan, tiada jawapan rasmi untuk soalan-soalan tersebut. Mengapa? Kerana adat dalam marketing, promosi dan servis akan ditambah baik dari masa ke semasa. Bergantung atas faktor-faktor tertentu.

*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +614-49902697
*                     *                      *

Perantauan Antarabangsa / International Roaming (PA/IR):
Cara ini adalah paling selamat dan berkesan. Ini adalah kerana, setibanya anda jejak kaki di Tanah Bumi Perth ini, anda akan dapat sms ucapan selamat datang oleh Telco tempatan, bergantung kepada jenis Telco yang anda guna di tanah air. Bagaimana anda mengaktifkan PA/IR ini? Anda wajib mengaktifkan semenjak di tanah air lagi. Syarikat Telco di tanah air akan mengaktifkannya, anda boleh hadkan masa dan penggunaan anda semasa mengaktifkannya. Sila rujuk kepada syarikat Telco tanah air anda, untuk mendapatkan kadar yang dikenakan, dan bagaimana untuk membuat panggilan murah ke tanah air. Insya Allah mereka akan bantu. 
SIM Kad/Card Australia:
Disarankan membeli di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth, T1 sewaktu ketibaan anda. Kerana syarikat Telco tempatan ada memberi harga promosi untuk para pelancong. Sebagai contoh adalah syarikat VODAFONE, bagi yang hanya bergantung pada data sahaja, sila rujuk disini. Manakala yang memerlukan minit panggilan dan khidmat pesanan ringkas, sila rujuk disini. Terdapat juga syarikat OPTUS di balai ketibaan.
Anda juga boleh membeli mana-mana syarikat Telco tempatan yang lain, beli di bandar, antaranya seperti Telstra, Virgin Mobile, Amaysim dan LycaMobile. Penggunaan data amatlah penting tatkala menziarahi Perth. Ini kerana, anda semua memerlukan data internet untuk mencari lokasi di Google Map, GPS dan melayari laman sawang.
Bagaimana untuk hubungi tanah air?
(019*******) sila dail +6019******* atau 006019*******
(03********) sila dail +603******** atau 00603********

Nombor KECEMASAN di Perth?
SILA DAIL 000. Bukan 999 atau 112.

Promosi Perth Kereta Sewa:
Klik iklan untuk membuat pertanyaan




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth?
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth!
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.

Jom jadi geng Facebook kami di Cuti Study Kerja Niaga Perth Australia