"Tinggal sehari sahaja lagi nak flight, duit gaji belum masuk lagi. Cepatlah masuk, nak pi tukar duit ni."
Adalah normal bagi kebanyakan kita yang ingin ke luar negara, berlenggah dalam menukar duit kepada matawang asing. Apa tidaknya, fulus masih belum cukup. Maka tidak hairanlah jika ada diantara kita tergesa-gesa 'last minute' dalam menukar duit. Itu yang nanti ada yang terkena dengan ejen cekik darah, nilai tukaran yang tinggi, duit note nilai besar-besar semuanya.
Jika berlaku hal sedemikian, usahlah panik. 'Google' sahaja tempat tukar matawang yang murah di tempat anda, pasti jumpa punya. Jika boleh, hubungi mereka terlebih dahulu, untuk bertanyakan info nilai tukaran dan yang paling penting duit asing tersebut mencukupi untuk ditukar.
* * *
PROMOSI homestay muslim di Instagram @homestayzperth
* * *
Tidak dinafikan, zaman sekarang dah canggih, boleh wechat pay, boleh sentuh kad debit dan macam-macam lagi. Namun masih terdapat business di Perth masih memerlukan 'cash' atau tunai dalam urusan jual beli serta penyewaan. Sebagai contoh, kad debit negara kita yang tanpa tertulis nama di atas kad, amatlah sukar untuk diterima pakai di Australia. Bagi mereka, anda mungkin menggunakan kad palsu atau dicuri.
Bagi kebanyakan syarikat kereta sewa yang berdaftar, untuk mengelakkan masalah 'security' timbul. Pengunaan tunai dalam membayar 'Security Bond' diperlukan dalam jumlah yang agak besar, tunai tersebut dikembalikan setelah anda memulangkan kereta sewa dalam keadaan yang baik dan sempurna. Banyak kali kami dengar keluh kesah kad debit pelancong kita kena 'reject' sewaktu hendak digunakan semasa ingin ambil kereta sewa. Jangan 'spoil mood' percutian anda dengan isu ini. (Note: Ada pertanyaan berkenaan cara menyewa kereta di Perth? wasap (B.Melayu) di +6011-37068905)
Begitu juga dengan penginapan, kepada anda yang menempah homestay. Secara umumnya, wang tunai diperlukan dalam membayar 'security bond'. Kepada mereka yang menempah penginapan di servis apartment, juga masih menggunakan wang tunai selain pengunaan kad kredit. Aduhai, amat tertekan rasanya jika badan dah penat disepanjang penerbangan, ditambahkan pula dengan masalah 'check-in' penginapan pula. (Note: Ada pertanyaan berkenaan hal penginapan di Perth? wasap +6011-37068905)
Oppsss! Jangan pula anda tersalah tukar duit. Matawang yang digunapakai di Perth adalah Dolar Australia (AUD/AU$). Ada pelancong menceritakan kisah lucu mereka kepada kami, mereka membawa Dolar Amerika Syarikat untuk bercuti di Perth. Akibatnya, nilai tukaran di Perth yang lebih tinggi, menyebabkan mereka kerugian dalam menukar duit disana.
Kadar nilai tukaran Ringgit kepada Dolar Australia hari ini, klik sini.
Contoh kiraan:
Nilai tukaran semasa 1(AUD) = 3.2150(MYR)
Ini bermaksud sebanyak RM3,215.00 diperlukan untuk tukar kepada AU$1,000.00.
Atau tukar RM3,000.00 kepada AU$933.12 sahaja.
Jadi, apa lagi. Segera tukar duit anda, sedikit demi sedikit. Pastikan nilai matawang yang betul dibawa kesana. Sediakan wang tunai yang kecil nilainya untuk menaiki pengangkutan awam atau bayar 'parking'. Syiling Dolar Australia perabihkan guna disana kerana tidak boleh tukar ke duit kita semula.
Akhir kata dari kami, moga percutian anda lancar, berjaya dan barkah.
Iklan:
Klik pada gambar untuk ke pautan iklan. |
~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth.
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth.
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.