Wednesday 13 April 2022

Sejauh mana anda boleh travel dalam masa sehari di Perth

Percutian memanglah suatu yang sering dinanti-nantikan. Apa tidaknya, duit dan cuti tahunan yang dikumpul selama ini, akan digunakan sepuas-puasnya semasa percutian. Namun begitu, adakah percutian anda berbaloi? Atau setakat melepaskan batuk di tangga, ruginya!

Berbaloikah bercuti di Perth? Banyak ke lokasi menarik? Berapa hari yang sesuai untuk bercuti ke sana? 
Persoalan ini, jawapannya kembali kepada diri anda masing-masing. 

*                     *                      *
PROMOSI homestay muslim di Instagram @homestayzperth 

*                     *                      *

Destinasi percutian Perth Australia merupakan sebuah daerah yang aman dan tenteram untuk mereka yang ingin merehatkan badan dan pemikiran dari kesibukan kerja harian yang rutin. Sebuah lokasi yang sesuai untuk 'escape' dari pening kota raya.

Ianya sesuai untuk dilawati bagi setiap lapisan umur, aktiviti boleh dilakukan oleh setiap jenis katagori masyarakat dan agama, dan yang paling penting adalah makanan disana mudah diterima serta tidak jauh berbeza dari kita. Makanya, tiada sebab untuk anda berasa terasing sewaktu bercuti di Perth.

Lokasi-lokasi yang menarik lebih daripada 100 lokasi di sekitar Perth. Anda sendiri boleh 'google' sendiri dengan baca blog-blog atau 'post' mereka yang pernah bercuti disana. Banyak giler tempat lawatan. Yang paling best sekali, hampir 80% tempat lawatan disana adalah PERCUMA untuk masuk, kebanyakannya juga tidak perlu bayar 'parking'.

Perth merupakan bandar utama di sana, iras-iras Shah Alam atau Medan. Manakala negerinya adalah Western Australia yang luasnya hampir kepada negara India! Mampu ke anda nak 'round' atau 'cover' semua lokasi dalam percutian anda? Maka sebab itulah pentingnya anda membuat perancangan 'itinerary' atau jadual perjalanan sepanjang percutian anda.

Di sini, kami ingin berkongsi pengalaman dan sedikit ilmu kepada anda. Andai kata anda ingin menetap pada satu lokasi disepanjang percutian anda, sebagai contoh Perth City. Maka anda perlu melawat ke lokasi-lokasi lain dengan pulang semula ke Perth City dalam sehari. Sejauh mana anda boleh 'travel' dalam sehari? (Nota: Jom join group wasap Info Trip DIY Perth untuk mendapatkan khidmat perunding pelancongan secara percuma, klik http://bit.ly/2F53TR7)

Secara geografinya, Perth terletak hampir ke Barat Daya negeri Western Australia. Jika di Perth, anda boleh bergerak ke bahagian Utara sehingga pekan Cervantes dengan melawat kepada lokasi-lokasi pelancongan disepanjang perjalanan tersebut. Antaranya adalah Yanchep National Park, Gravity Discovery Centre, Moore River Estuary, Lancelin Sand Dunes, Nilgen Lookout, West Hills Wind Farm, Wedge Lookout, Nambung National Park, Pinnacles Desert dan Lobster Shack di Cervantes. 




Atas faktor keselamatan pemanduan, adalah dinasihatkan agar anda hanya melawat empat (4) sahaja dari lokasi-lokasi tersebut sambil melakukan aktiviti. Ini adalah kerana dikhuatiri sekiranya anda kesuntukan masa untuk pulang semula ke Perth City, anda terpaksa memandu pada waktu senja atau malam. Amatlah tidak digalakkan untuk anda memandu pada waktu senja atau malam di luar kawasan bandar, ini bagi mengelakkan anda terlanggar haiwan liar sehingga menyebabkan kemalangan dan kerosakan kenderaan yang teruk.(Nota: Tempah kereta sewa secara bajet lengkap dengan GPS & Insuran di +6011-37068905).

Sekiranya anda bergerak ke bahagian Selatan hingga ke pekan Albany. Antara lokasi utama adalah Cohunu Koala Park, Masjid Melayu Katanning, Valley of the Giants, Greens Pool, Torndirrup National Park, Natural Bridge, Albany Wind Farm, Salmon Beach, Albany's Historic Whaling Station, Brig Amity dan National Anzac Centre. Sekali lagi, atas faktor keselamatan pemanduan, anda digalakkan memilih tiga (3) sahaja lokasi tersebut untuk dilawati seharian. 

Jika anda bergerak ke bahagian Barat Daya pula. Lebih banyak lokasi menarik untuk anda lawati seperti Masjid Melayu Rockingham, Mandurah Boat Cruise, Dolphine Quay, Lake Clifton Thrombolites, Marlston Hill Lookout, Bunbury Lighthouse, Wonnerup House, Busselton Jetty, Xscape at the Cape, Cape Naturaliste Lighthouse, Ngilgi Cave, Canal Rock, Margaret River Chocolate Factory, Calgardup Cave, Mammoth Cave, Lake Cave, Giants Cave, Boranup Forest View, Boranup Forest Maze, Margaret River Sculpture Park, Jewel Cave dan Cape Leeuwin Lighthouse. Sekali lagi, atas faktor keselamatan pemanduan, anda digalakkan memilih tiga (3) sahaja lokasi tersebut untuk dilawati seharian.



Manakala, jika anda bergerak ke arah Timur. Ada beberapa lokasi menarik untuk dikunjungi antaranya adalah ladang buah Valley Fresh Produce, Perth Observatory, Wave Rock, Petteet Park, York Motor Museum, Mount Brown Lookout, York Town Hall & York Residency Museum. Sekali lagi, atas faktor keselamatan pemanduan, anda digalakkan memilih tiga (3) sahaja lokasi tersebut untuk dilawati seharian.



Tersebut merupakan lokasi-lokasi disekitar Perth City yang boleh dilawati dalam perjalan seharian. Pastikan anda kekal cergas dan bertenaga disepanjang pemanduan. Sekiranya anda ingin melawat lebih daripada bilangan lokasi yang kami sarankan, seeloknya anda menempah penginapan untuk bermalam berhampiran lokasi-lokasi lawatan, agar anda dapat meneruskan perjalanan dengan ceria dan gembira. (Nota: Tempah penginapan secara bajet di Perth melalui  +6011-37068905)

Akhir kata daripada kami, semoga percutian dan perjalanan anda lancar, berjaya dan barkah. 


Iklan:
Klik pada gambar untuk ke pautan iklan.




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth.
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth.
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.