Wednesday, 13 April 2022

Lokasi pelancongan South Perth

Cuba korang try google image Perth kat internet. Mesti banyak gambar Perth City dari jauh kan. Lepastu pula ada bayang atas air kan, cantik macam cermin. Ori ke gambar tu, atau mereka edit je?

Gambar tersebut sememangnya sahih, dan sesiapa sahaja boleh perolehi atau 'snap' gambar pemandangan seperti tersebut, jika kena gaya dan masanya. Perth City adalah terletak di pinggir Sungai Swan (Swan River). Manakala saiz kelebaran Swan River yang berhampiran dengan Perth City pula amatlah lebar, dah macam tasik lebarnya.

*                     *                      *
PROMOSI homestay muslim di Instagram @homestayzperth 

*                     *                      *

Tips untuk anda perolehi gambar yang cantik, dengan bayang Perth City di permukaan air adalah dengan mengambil gambar pada waktu keadaan angin yang tidak kuat, sepoi-sepoi bahasa lebih afdhal. Kebanyakan masa, waktu matahari terbit dan waktu matahari terbenam adalah waktu angin tidak kuat. Waktu tersebut adalah waktu pertukaran antara bayu laut dan bayu darat. Ades, macam kelas geografi lah pula.

Pada waktu matahari terbit, panoramanya tidak mengancam seperti waktu matahari terbenam. Lagi pon, anda akan menghadap matahari terbit, mungkin akan memberi kesan kepada pengcahayaan gambar. Pada waktu senja pula, adalah yang terbaik kerana bangunan-bangunan di Perth City mula membuka lampu, dengan langit yang 'purplish colour' iaitu sedikit ungu atau kundang. Bergantung kepada musim atau cuaca yang anda datang, jika musim panas akan menghasilkan ungu kemerah-merahan, jika musim sejuk pula adalah ungu kebiru-biruan. Sungguh asyik!


Tips lokasi untuk anda perolehi sudut yang ngam pula semestinya adalah South Perth. Iaitu suburb di seberang Swan River, lagi persisnya adalah sekitar Old Mill, South Perth. Serba sedikit sejarah South Perth ni. Sebelum puak kolonial Inggeris sampai di Perth, ianya adalah kampung kepada penduduk asli puak Noongar. Pada sekitar 1830-an, pihak kolonial mula menyediakan servis feri. Pada sekitar 1880-an, pekebun China datang dengan mengusahakan kebun sayur dan membuka pasar di pinggir Swan River, dan akhirnya sekitar 1950-an pasar sayur diarahkan tutup atas sebab masalah kebersihan dan membahayakan kesihatan.

Sejak 1890-an, South Perth sudah mula terkenal dengan beberapa lokasi tarikan pelancong, antaranya adalah Zoo dan Royal Perth Golf Club. Ianya juga terkenal dengan deretan rumah-rumah banglo elegen dan landskap yang cantik di sepanjang jalan serta sekitar tebing Swan River.

Bagaimana nak ke sana? Ikut kepada kudrat anda, yang terbaik adalah dengan menaiki feri awam menyeberangi Swan River dari Elizabeth Quay Jetty (Perth City) ke Mends Street Jetty (South Perth). Kemudian anda jalan kaki 5 minit di sepanjang Swan River untuk menuju ke arah Old Mill, 'on the way' nak sampai sana akan ada Fishing Jetty atau jeti memancing. Haa, kat situlah lokasi yang sesuai untuk bergambar.

Tambang feri awam tidak lah mahal, sama macam naik bas awam juga. Harganya adalah AU$3.10 seorang dewasa, tiket ini 'valid' untuk guna ulang-alik dalam tempoh 2 jam sahaja. Jimat kan? Anda juga boleh menolak stroller bayi atau kerusi roda ke dalam feri, cukup mudah. Jika anda berbasikal, tiada masalah untuk anda membawa masuk basikal anda. Tempoh menyeberang sekitar 10 minit sahaja. Dengan jadual masa yang kerap, operasi feri ini tamat perkhidmatan harian sehingga jam 10:15pm (Isnin-Khamis), 11:45pm (Jumaat & Sabtu) dan 9:45pm (Ahad). Tapi perkhidmatan harian akan ditutup lebih awal pada musim sejuk, iaitu pada jam 9:15pm setiap hari. Tapi jika rasa leceh, anda boleh drive je ikut masa anda sendiri. (Nota: sewa kereta dari syarikat berdaftar dengan harga murah di +6011-37068905)

Apa lagi yang ada di sekitar South Perth ni?




Perth Zoo - sebuah zoo utama di Perth. Merupakan taman haiwan yang paling terdekat dengan Perth City. Jalan kaki sekitar 10 minit dari Mends Street Jetty. Lokasi untuk jumpa kangaroo dan koala secara dekat. Ia beroperasi dari jam 9am hingga 5pm setiap hari. Buka setiap hari sepanjang tahun, sebab haiwan-haiwan di sana tidak meraikan sebarang perayaan. Harga tiket masuk pula adalah AU$32 untuk dewasa, AU$15.50 untuk kanak-kanak. Manakala yang berumur 4 tahun dan ke bawah adalah PERCUMA.


Old Mill - Sebuah kincir angin lama yang telah disenaraikan dalam salah sebuah bangunan Australia National Trust pada 1992. Kincir angin ini dibina pada sekitar 1830-an. Tujuan asal pembinaan kincir angin ini adalah untuk mengepam air dari Swan River dan dialirkan ke ladang sayur serta buah. Antara lokasi berbaloi untuk dikunjungi.


Bot Layar/Picnic - Jika anda pengemar aktiviti 'outdoor' suka cabaran. Anda boleh menyewa bot layar di South Perth Foreshore. South Perth Foreshore adalah sebuah dataran rumput di pinggir Swan River. Jika anda rasa tulang-tulang anda sedikit berat, anda boleh je 'picnic' dan menghayati panorama Perth City dengan melepak di South Perth Foreshore. Di situ juga terdapat pondok wakaf yang lengkap dengan set BBQ.

Pejabat Pos South Perth - Dengan bercirikan 'Colonial Style' memang sungguh unik. Terletak di persimpangan jalan berdepan dengan Perth Zoo. Mengamit kenangan kita kecil-kecil dahulu ketika menonton filem koboi.


Penginapan - Sungguh indah hidup anda, mana tak nya, pagi-pagi buka mata dan selak langsir dah tengok pemandangan Perth City yang cantik. Terdapat beberapa penginapan seperti homestay atau servis apartment di sepanjang Swan River. Tengok je lah harga per malamnya. Ukur baju pada badan sendiri ye. (Nota: Ingin menginap di homestay di Perth, hubungi +6011-37068905)


Makan Satey - Yang ni halal oi!, jika tidak percaya tanya tokey dia iaitu brader Zack. Satay on Charcoal antara sate ter'famous' di Perth. Omputeh ke kuputeh ke, semua suka. Kedai dia beroperasi 'start' jam 5pm hingga 930pm setiap hari kecuali hari Khamis, nak pergi baca yassin katanya.

Akhir kata dari kami, moga percutian anda lancar, berjaya dan barkah.



Iklan:
Klik pada gambar untuk ke pautan iklan.

~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth.
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth.
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.