Influenza Bermusim, mungkin agak pelik bunyinya. Ianya merupakan influenza yang berlaku diseluruh dunia. Bagi negara beriklim sejuk, ianya agak ketara musim berlaku gejala influenza ini. Bagi iklim negara kita, gejala ini berpotensi berlaku sepanjang tahun.
Antara contoh jenis influenza yang kita selalu dengar adalah Influenza A (H1N1), namun begitu terdapat juga Influenza B dan Influenza C. Influenza A akan berlaku di dalam sesuatu negara pada satu-satu masa. Influenza B pula akan berlaku serentak dengan beberapa negara lain pada satu-satu masa. Manakala Influenza C buat masa ini tidak mendatangkan ancaman kepada manusia.
* * *
PROMOSI homestay muslim di Instagram @homestayzperth
* * *
Bagi anda yang ingin berkunjung ke Australia antara bulan April hingga September, iaitu sekitar musim sejuk di sana. Amatlah disarankan agar mendapatkan suntikan vaksin selewat-lewatnya dua minggu sebelum penerbangan. Vaksin akan kekal dalam tubuh selama setahun. Ini berdasarkan apa yang disarankan oleh badan kesihatan negara Australia, mahupon negara kita. Ini kerana kesan jangka panjang jangkitan influenza ini boleh membawa kepada sakit sesak nafas (pneumonia) dan yang paling kita khuatirkan adalah boleh membawa maut, terutama bagi mereka warga emas dan kanak-kanak yang mana sistem imunisasi badan adalah lemah.
Apa tanda-tanda jangkitan influenza?
Antara tanda yang ketara adalah hampir menyerupai tanda demam selesema. Iaitu badan akan berasa demam, tekak akan sakit, anda mulai batuk, hidung mulai bersin sepanjang masa dan badan berasa seram sejuk. Keadaan mula menjadi serius adalah apabila kepala mulai sakit, berlakunya radang dalam saluran pernafasan, sistem otot berasa sakit dan badan menjadi lemah. Terdapat juga individu yang mengalami cirit-birit dan muntah.
Bagaimana merawatnya?
Buat masa kini, masih tiada rawatan yang khusus untuk merawat jangkitan influenza ini. Namun rawatan biasa boleh diberikan kepada pesakit yang sudah diasingkan, seperti memberi minum air suam, beri masa tidur dan rehat secukupnya, kurangkan perasaan stres pesakit dan jika masih berlarutan, perlu dapatkan rawatan doktor.
Bagaimana boleh terjangkit?
Jangkitan ini tersebar melalui kesan cecair. Samada melalui udara, sentuh langsung dengan tangan pesakit, atau tersentuh mana-mana permukaan yang punyai kesan cecair dari pesakit. Ia boleh berjangkit melalui udara pada jarak 6 kaki, bersamaan hampir 2 meter. Virus akan kekal dalam badan selama 7 hari.
Bagaimana untuk menghindar?
Antara cara terbaik adalah dengan mendapatkan suntikan vaksin. Bagi bayi dan kanak-kanak, sila rujuk kepada doktor anda untuk ketahui bilangan dos yang tepat. Bagi kita yang dewasa, suntikan Booster diperlukan setiap tahun jika pernah mendapatkan suntikan dos pertama. Sekali lagi, sekurang-kurangnya perlukan tempoh dua minggu untuk dapatkan suntikan sebelum anda berlepas ke Australia.
Langkah berjaga-jaga. Elakkan berada terlalu lama di dalam kawasan yang sesak dan padat dengan orang ramai, lebih-lebih lagi ada kedengaran batuk serta bersin berlarutan. Tutup mulut dan hidung dengan penutup muka 'face mask' sepanjang masa. Basuh tangan dengan sabun, mengelap tangan anda dengan tisu basah anti-bacteria atau sentiasa bersihkan tangan anda dengan hand sanitizer secara kerap. Jika wabak berlaku, seeloknya anda hindari tempat awam atau pengangkutan awam. (Nota: Anda akan lebih selesa dengan menyewa kereta di +6011-37068905)
Bagi anda yang inginkan suasana tenang dan relax, anda boleh cuba menginap di kawasan luar bandar yang lebih damai dan mempunyai udara yang lebih segar. Ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mengurangkan risiko jangkitan influenza ini. Dalam masa yang sama, anda dapat menikmati percutian anda tanpa rasa bimbang. (Nota: Anda boleh menempah homestay di +6011-37068905)
Akhir kata, moga percutian anda lancar, berjaya dan barakah. Layari www.ziarahperth.blogspot.com untuk lebih info berkaitan Perth, Australia.
Iklan:
Klik pada gambar untuk ke pautan iklan. |
~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth.
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth.
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.