Wednesday, 13 April 2022

Lapangan Terbang Antarabangsa Perth T1


Lapangan Terbang Antarabangsa Perth, Terminal 1. Tidak sebesar yang kita sangkakan. Dari keluar perut kapal terbang sehingga ambil bagasi, hanya memerlukan 20 minit. Mungkin yang lama adalah pemeriksaan bagasi. Setelah selesai semua perkara tersebut. Barulah dengan lega hati keluar di ruang ketibaan. Di situ boleh tajamkan mata, panjangkan tengkuk mencari kenalan, saudara, mahupun jurupandu pelancong.

*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +6011-37068905
*                     *                      *

Bagi mereka yang waktu ketibaan, hampir dengan waktu solat fardhu. Jangan risau, kerana pihak pengurusan lapangan terbang Perth ada menyediakan ruang solat berserta tempat wudhu (Quiet Room) berhampiran ruang ketibaan. Jika anda masih di dalam ruang kastam dan imigresen, boleh solat di ruang menukar lampin bayi (Parenting Room), ruang itu kurang di gunakan.  Insya Allah.

Laman sesawang Perth International Airport, klik sini.

 Sumber Google: Pelan Lantai Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Perth

Arah kiblat, hampir umpama nusantara, cuma perlu ke arah kanan sedikit, iaitu putar arah jam dengan jarak sejengkal. Secara teknikal adalah 295.60 darjah dari Utara mengikut pusingan jam.

 Sumber Google: Arah Kiblat di Perth

WIFI Percuma. Ya, anda boleh akses ke wifi internet berkelajuan tinggi secara percuma selama 3 jam. Anda boleh akses sejurus anda keluar dari pintu pesawat. Selamat mencuba.

Iklan:
Klik pada gambar untuk ke pautan iklan.




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth.
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth.
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.

Borang Ketibaan


Sebelum mendarat di lapangan terbang Perth, setiap penumpang tanpa mengira umur, wajib melengkapkan borang ketibaan. Fungsi utama borang ini adalah, pengisytiharan barang dan pengesahan maklumat peribadi serta waris, untuk kegunaan pihak kastam dan imigresen Australia. Pegang borang yang sudah dilengkapkan, serah dan pamerkan kali pertama kepada pegawai imigresen dan kali kedua kepada pegawai kastam yang bertugas.

*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +6011-37068905
*                     *                      *


Sumber Google: Borang Ketibaan

Iklan:
Klik pada gambar untuk ke pautan iklan.




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth.
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth.
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.


Barangan Terlarang


Australia merupakan negara yang melarang keras kemasukan barang-barang terlarang ke dalam negara mereka. Terutama melalui hub pengangkutan seperti lapangan terbang. Amatlah dinasihatkan kepada setiap individu tanpa mengira umur, agar tidak membawa barang terlarang ke Perth. Sama ada disedari, apatah lagi tanpa disedari, nauzubillahminzalik.

*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +6011-37068905
*                     *                      *

Antara barang larangan yang kerap di periksa adalah, dadah serta ubat-ubatan, bahan makanan mentah tanpa di proses dengan rapi, bahan makan sudah dimasak tanpa pembungkusan yang rapi, produk herba dan akar kayu, produk laut, produk tembakau, produk tenusu, produk kraftangan (berunsur kayu, rotan, haiwan kecil dan serangga), dan peralatan sukan air atau memancing. TIDAK LUPA juga bungkusan makanan dari dalam kapal terbang. Sekali baca memang kelihatan ringkas, tapi ramai yang kerap terlepas pandang dan terbawa masuk sehingga tiba di lapangan terbang. ELAKkan membuang masa 2-3 jam didalam bilik kuarantin kerana diperiksa, nauzubillahminzalik.

Insya Allah mudah untuk uruskan hal ini, sediakan senarai semak barang-barang yang akan dibawa masuk ke Perth. Bagi yang bergantung dengan ubat-ubatan seperti pesakit asma, kencing manis, darah tinggi, jantung, demam batuk dan selesema, atau yang dalam pantang bersalin. Sila merujuk kepada doktor yang membekalkan kita ubat, mohon surat pengesahan doktor secara bertulis, diikuti cop jawatan dan alamat tempat bekerja. Insya Allah surat ini banyak membantu. Kepada mereka yang membawa anak kecil menyusu botol, sediakan susu tepung yang cukup hanya ketika atas kapal terbang, untuk bawa masuk Perth perlukan bungkusan atau tin susu yang masih rapi tertutup, iaini baru dibeli.

Pemeriksaan kastam di Perth kelak dilakukan dalam dua keadaan, iaitu buka bagasi dan lihat, atau pemeriksaan penghiduan anjing. Insya Allah, berkat membawa warga tua dan kanak-kanak dalam kumpulan ziarah, akan Allah s.w.t permudahkan urusan kita di lapangan terbang.

Sumber Google: Produk Kraftangan, Sumpit Sarawak

Sumber Google: Produk Kraftangan,Cenderahati Keychain Serangga

Iklan:
Klik pada gambar untuk ke pautan iklan.




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth.
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth.
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.

Singgah Perth - Roomstay Bajet Melayu Muslim

Iklan ZPB101

Anda ingin berbulan madu?

Anda berdua je?

Anda tiga beranak je?

Susah nak cari bilik penginapan Muslim di Perth?

Susah nak cari sarapan Halal di Perth?

ZIARAH PERTH ada berita baik untuk anda!

*                     *                      *
PROMOSI homestay muslim di Instagram @homestayzperth 
*                     *                      *


Mengapa spend lebih? Mengapa bayar mahal? Kan ada yang lebih murah!




Ya, murah, teramat murah!

Roomstay serendah AU$60 per malam ditawarkan kepada anda oleh pengusaha Singgah Perth (Melayu Islam).

Lokasi kediaman di Rivervale yang terbaik, mudah dan selamat kepada mereka yang bergerak solo atau secara backpack. 

- Airport (naik bas 20 minit/ kos AU$5)
- Perth City (naik bas 20 minit/ kos AU$5)
- Fremantle (naik bas 30 minit/ kos AU$5)
- Belmont Forum Shopping Center (naik bas 10 minit/ kos AU$3) *shopping Corelle/Perfume
- Masjid (naik bas 5 minit/kos AU$3)

Pihak pengusaha Singgah Perth juga ada menyediakan sarapan secara PERCUMA! dan semestinya segalanya bersih, suci & halal. Tidak perlu pening-pening kepala nak sertu peralatan memasak.



Dengan keadaan bilik yang selesa, kemas dan teratur, ini dapat membuatkan percutian anda lebih menarik. Sebuah katil bersaiz Queen dapat memberikan keselesaan kepada anda untuk tidur dan berehat disepanjang malam, bagi memberi tenaga untuk explore destinasi percutian pada keesokan hari.


Namun begitu, sila patuhi SYARAT PELANGGAN tersebut:
- maksimum 3 orang wanita dewasa sahaja. Tidak terima lelaki dewasa.
- pasangan yang sudah bernikah, sila serta surat nikah.
- ibu bapa berserta anak kecil (maksimum 2 anak berumur tidak melebihi 8 tahun).


Apa lagi yang kamu dapat?
- bilik air (private)
- dapur (kongsi)
- ruang tamu 
- laundry (kongsi)
- wifi (percuma)
- parking (percuma)


Bagi anda yang berminat, PEMBAYARAN adalah secara tunai. Boleh berhubung secara wasap di +601137068905, Klik pada nombor untuk mulakan wasap.

Iklan:
Klik pada gambar untuk ke pautan iklan.




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth.
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth.
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.

Visa Pelancong / ETA


Sebelum membeli tiket penerbangan, adalah dinasihatkan untuk membeli visa pelancong (ETA -  Electronic Travel Authority) secara online atau melalui applikasi. Harga untuk seorang individu tanpa mengira umur adalah AUD 20.00, bersamaan MYR 62.00 (kadar tukaran matawang ketika post ini). Pembayaran boleh dibuat secara kad kredit/debit. Paling penting sekali, tempoh tamat passport lebih dari 6 bulan, paling sempurna lebih 1 tahun kerana visa pelancong ini diluluskan untuk tempoh 12 bulan. Syarat masuk adalah sekerap yang mungkin dalam tempoh 12 bulan diberi, maksudnya boleh ziarah banyak kali ke Perth. Setiap kali masuk hanya diberi keizinan berada dalam negara Australia semaksimum 3 bulan sahaja. Sesuai untuk penziarah secara mengembara atau 'Backpackers' yang berpindah-pindah dari bandar ke bandar, atau negeri ke negeri. Australia ini luas untuk dijelajahi.

*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +6011-37068905
*                     *                      *


Anda boleh muat turun aplikasi AustralianETA di Google Play atau Apple Store.

Setelah membeli visa pelancong secara online, pengesahan kelulusan visa akan dihantar ke email kita dalam tempoh 24 jam. Tapi proses kelulusan juga boleh memakan masa sehinga 7 hari.

Tips: Bagi kita umat Islam yang mempunyai nama ber'bin' dan ber'binti', contoh Labu Bin Kundur. Maka Family Name/ Surname/ Last Name adalah Kundur. Manakala Given Name/First Name adalah Labu. Insya Allah AustalianETA banyak membantu ketika permohonan kelak.

Iklan:
Klik pada gambar untuk ke pautan iklan.




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth.
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth.
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.

Sistem Pengasingan Sampah & Pengutipan di Perth

Bersih dan indahnya sesebuah negara bermula daripada kita. Agama juga menyarankan kita untuk menjaga kebersihan sepertimana kita menjaga iman kita. Kebersihan juga akan mencerminkan akhlak kita, dalam masa yang sama ia akan menjadi medium dakwah secara tidak langsung. Maka marilah kita sama-sama menjaga kebersihan walau di mana sahaja kita berada.


Pihak pentadbir tempatan di Perth telah mengamalkan sistem pengasingan sampah lebih sedekad lamanya. Ianya bagi melestarikan sumber alam di negara tersebut. Dari sekecil-kecil pencungkil gigi hingga sebesar sisa bangunan, semuanya akan diasingkan dan dikitar semula. Bagi anda yang memilih homestay sebagai tempat penginapan, anda diwajibkan mengasingkan sampah anda untuk dibuang ke tong sampah utama. (Nota: Ingin menyewa homestay di Perth, hubungi +6011-37068905)

*                     *                      *
PROMOSI homestay muslim di Instagram @homestayzperth 
*                     *                      *

Mari kenal jenis-jenis tong sampah.
Tong sampah bertutup kuning - khusus untuk sampah yang boleh dikitar semula antaranya botol plastik, kaca, surat khabar, majalah, tin aluminium, kertas kotak dan bekas telur.



Tong sampah bertutup hijau - khusus untuk sisa makanan, telur, buah-buahan, daging, ikan, produk susu, beg teh & sisa makanan bijiran. Jangan buang sisa minyak, tulang dan kayu-kayuan.


Setiap jenis tong sampah akan mempunyai jadual kutipannya yang tersendiri. Anda perlu melihat di tong tersebut untuk merujuk hari dan masa kutipan, atau rujuk kepada pengusaha homestay anda untuk lebih terperinci. Tong juga perlu disusun di tepi jalan dengan mengikut aturan dan jarak yang betul agar lori dapat mengunakan tangan robotik untuk mengutip setiap tong sampah.



Untuk pengetahuan anda, bukan setakat sisa atau sampah yang saya sebutkan diperenggan di atas sahaja yang dikutip. Malah peralatan elektrik, perabot usang, bekas aerosol, sisa tanaman atau halaman juga akan di kutip oleh pihak pentadbir tempatan. Ianya akan dikutip dan diangkut pada jadual-jadual tertentu dalam setahun. Jangan terkejut jika anda memandu dan melihat longgokkan barang-barang rosak dan terpakai di sepanjang jalan, maksudnya sudah tiba masanya kutipan untuk kawasan tersebut. (Note: Ingin memandu di Perth, sewa kereta murah berlesen & berinsuran dengan +6011-37068905)



Sungguh menarik untuk kita hayati dan melihat cara hidup penduduk Perth. Mereka senantiasa menitikkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka agar semua komuniti kekal sejahtera tanpa mengira warna kulit dan anutan agama.

Akhir kata, moga percutian anda lancar, berjaya dan barakah.


Iklan:
Klik pada gambar untuk ke pautan iklan.




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth.
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth.
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.

Lokasi ziarah Masjid Hepburn (Padbury)



Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Pepatah melayu sungguh tepat dalam mengambarkan keadaan iman kita. Walaupon jauh kita merantau, berbeza geografi dan ekonomi, namun kita masih mendukung penyaksian kepada Allah yang Maha Esa.

*                     *                      *
PROMOSI homestay muslim di Instagram @homestayzperth 
*                     *                      *

Begitu juga kepada penduduk Islam sekitar suburb Padbury, lokasi sekitar 20 minit di bahagian utara Perth City. Mereka hadir solat berjemaah dan melakukan aktiviti agama di Masjid Hepburn atau lebih dikenali sebagai Masjid Al-Majid. (Nota: Anda boleh menempah homestay berhampiran masjid di +6011-37068905)

Anda lebih mudah untuk sampai dengan memandu di Mitchell Freeway (Fwy), keluar di susur keluar Hepburn Avenue (Ave) dan terus menuju ke Hepburn Heights. Landmark yang mudah untuk ditentukan adalah terdapatnya sebuah stesen minyak United di bahagian kanan anda. (Nota: Anda menyewa dan memandu kereta di +6011-37068905)


Anda perlu memasuki kawasan perumahan Hepburn Heights, masjid terdapat di puncak bukit di kawasan perumahan tersebut. Beralamat di 64 Walter Padbury Boulevard (Blvd), Padbury WA. 

Kawasan masjid yang damai, dikelilingi oleh pohon zaitun dan bunga mawar, ditambahkan lagi dengan gerbang yang indah, menambahkan lagi seri masjid ini. Anda akan melalui sebuah dataran seluas gelanggang basketball sebelum anda memasuki ruang bangunan masjid. Kasut seeloknya dibuka dan disusun di ruang meletak kasut. Bagi menjaga kekemasan masjid.

Kepada jemaah wanita, anda perlu melalui ruang solat wanita untuk memasuki tempat wudhu/tandas wanita. Kepada jemaah lelaki, ruang wudhu/tandas lelaki terdapat di hujung masjid, berhampiran bilik dapur.

Masjid ini dibina pada sekitar tahun 2000-2001 hasil duit derma orang ramai. Bangunan utama masjid ini dirasmikan oleh Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud (Yang di-pertua Negeri Sarawak) yang pada ketika itu berjawatan sebagai Ketua Menteri Negeri Sarawak.

Masjid ini melaksanakan solat jumaat setiap minggu dan solat hari raya (Eid-Fitri & Eid-Adha) setiap tahun. Keluasan ruang solat jumaat yang agak luas, boleh menampung sehingga hampir 400 orang pada satu-satu masa. Cukup selesa untuk beribadah.

Akhir kata, moga percutian anda lancar, berjaya dan barakah. Layari www.ziarahperth.blogspot.com untuk lebih info berkaitan Perth, Australia.



Iklan:
Klik pada gambar untuk ke pautan iklan.




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth.
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth.
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.