Bersih dan indahnya sesebuah negara bermula daripada kita. Agama juga menyarankan kita untuk menjaga kebersihan sepertimana kita menjaga iman kita. Kebersihan juga akan mencerminkan akhlak kita, dalam masa yang sama ia akan menjadi medium dakwah secara tidak langsung. Maka marilah kita sama-sama menjaga kebersihan walau di mana sahaja kita berada.
Pihak pentadbir tempatan di Perth telah mengamalkan sistem pengasingan sampah lebih sedekad lamanya. Ianya bagi melestarikan sumber alam di negara tersebut. Dari sekecil-kecil pencungkil gigi hingga sebesar sisa bangunan, semuanya akan diasingkan dan dikitar semula. Bagi anda yang memilih homestay sebagai tempat penginapan, anda diwajibkan mengasingkan sampah anda untuk dibuang ke tong sampah utama. (Nota: Ingin menyewa homestay di Perth, hubungi +6011-37068905)
* * *
PROMOSI homestay muslim di Instagram @homestayzperth
* * *
Mari kenal jenis-jenis tong sampah.
Tong sampah bertutup kuning - khusus untuk sampah yang boleh dikitar semula antaranya botol plastik, kaca, surat khabar, majalah, tin aluminium, kertas kotak dan bekas telur.
Tong sampah bertutup hijau - khusus untuk sisa makanan, telur, buah-buahan, daging, ikan, produk susu, beg teh & sisa makanan bijiran. Jangan buang sisa minyak, tulang dan kayu-kayuan.
Setiap jenis tong sampah akan mempunyai jadual kutipannya yang tersendiri. Anda perlu melihat di tong tersebut untuk merujuk hari dan masa kutipan, atau rujuk kepada pengusaha homestay anda untuk lebih terperinci. Tong juga perlu disusun di tepi jalan dengan mengikut aturan dan jarak yang betul agar lori dapat mengunakan tangan robotik untuk mengutip setiap tong sampah.
Untuk pengetahuan anda, bukan setakat sisa atau sampah yang saya sebutkan diperenggan di atas sahaja yang dikutip. Malah peralatan elektrik, perabot usang, bekas aerosol, sisa tanaman atau halaman juga akan di kutip oleh pihak pentadbir tempatan. Ianya akan dikutip dan diangkut pada jadual-jadual tertentu dalam setahun. Jangan terkejut jika anda memandu dan melihat longgokkan barang-barang rosak dan terpakai di sepanjang jalan, maksudnya sudah tiba masanya kutipan untuk kawasan tersebut. (Note: Ingin memandu di Perth, sewa kereta murah berlesen & berinsuran dengan +6011-37068905)
Sungguh menarik untuk kita hayati dan melihat cara hidup penduduk Perth. Mereka senantiasa menitikkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka agar semua komuniti kekal sejahtera tanpa mengira warna kulit dan anutan agama.
Akhir kata, moga percutian anda lancar, berjaya dan barakah.
Iklan:
Klik pada gambar untuk ke pautan iklan. |
~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth.
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth.
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.