Wednesday 13 April 2022

SELAMAT DATANG Malindo Air


Berita tergempar buat para penziarah dan penduduk Perth, WA. Atas permintaan yang tinggi dalam industri penerbangan. Pihak Malindo Air telah memilih laluan KUL-PER sebagai laluan sulong mereka ke benua Australia. Pelik, tapi benar!!!

Yang seronoknya, harga tiket termasuk 30kg bagasi serta makanan dalam penerbangan. Tiada lagi zaman makan mi segera di dalam penerbangan.

Jom jangan lepaskan peluang!!!

*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +614-49902697
*                     *                      *

Keratan akhbar online 'The Star'.



Harga Promosi sebagai pengenalan.
Promosi Perth Kereta Sewa:
Klik iklan untuk membuat pertanyaan




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth?
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth!
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.

Jom jadi geng Facebook kami di Cuti Study Kerja Niaga Perth Australia

WISMA PUTRA - HADAPI MASALAH SEMASA DI LUAR NEGARA?


HADAPI MASALAH SEMASA DI LUAR NEGARA?
--------------------------------------------------------------------
Simpan maklumat perhubungan Wisma Putra ini dalam handphone dan gunakanlah bila hadapi masalah di luar negara:
1. http://www.kln.gov.my/web/guest/malaysian-mission
--> maklumat perhubungan semua pejabat kedutaan atau konsulat general malaysia di luar negara
--> ada nombor telefon umum, faks dan emel pegawai
--> biasanya pada hari bekerja dan waktu pejabat sahaja


*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +614-49902697
*                     *                      *

2. jika tidak dapat hubungi menggunakan saluran #1 di atas, boleh hubungi maklumat berikut iaitu duty officer di Wisma Putra, Putrajaya:
***telefon : +603 – 8887 4570; +603 – 8889 2746; 1MOCC @ +603 – 8000 8000 (semua nombor beroperasi 24/7)
***emel : dutyofficer@kln.gov.my
--> sama ada anda sendiri yg call dari luar negara atau minta sesiapa di malaysia callkan bagi pihak anda.
--> jika anda mewakilkan org lain utk call, perlu berikan maklumat nama penuh, lokasi anda (exact location, hotel, kawasan etc) dan nombor utk dihubungi

* berhati2 semasa travel. semoga segala perlindungan-Nya bersama anda sepanjang perjalanan. jika pun ditimba musibah, ia pasti sesuatu yg menjadikan kita lebih kuat.


JIKA ANDA MENGALAMI MASALAH DI PERTH AUSTRALIA?
-----------------------------------------------------------------------------------

Wakil Malaysia di negeri Western Australia adalah terletak di bandar Perth. Dikenali sebagai Konsulat Malaysia, berfungsi penuh sebagai penasihat sekiranya anda menghadapi masalah di Perth Australia.

Facebook: Consulat-General of Malaysia in Perth

Contoh-contoh masalah yang selalu para penziarah hadapi di Perth:
- Dalam tahanan Imigresen atau Kastam Australia.
- Kehilangan dokumen perjalanan/pasport.
- Kehilangan lesen memandu Malaysia.
- Kehilangan Kad Pengenalan.
- Krisis kewangan untuk selesaikan bayaran perubatan hospital.
- Kemalangan jalan raya.
- Kematian.

Pejabat Konsulat terletak di 252 Adelaide Terrace, Perth 6000, WA. Sekiranya menaiki bas Transperth atau teksi, boleh mencari Duxton Hotel Perth sebagai mercu tanda terhampir, hanya perlu jalan 5 minit sahaja untuk tiba di Pejabat Konsulat. Pejabat Konsulat beroperasi Isnin - Jumaat dari jam 8:30 pagi hingga 4:30 petang. Namun begitu, urusan dengan orang awam hanya dari jam 9:00 pagi hingga 1:00 petang sahaja.


Promosi Perth Kereta Sewa:
Klik iklan untuk membuat pertanyaan




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth?
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth!
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.

Jom jadi geng Facebook kami di Cuti Study Kerja Niaga Perth Australia

hOmestayZ Perth: Homestay Bajet Melayu Muslim di Perth

Iklan ZPB006

Berita baik untuk mereka yang menziarahi Perth,WA dalam kapasiti kumpulan yang kecil/sederhana. Kami di Ziarah Perth menerima maklumat daripada hOmestayZ Perth bahawa mereka melakukan PROMOSI bagi homestay Melayu-Muslim  mereka di Perth, yang mampu menampung kapasiti sehingga 50 ORANG.

*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +614-49902697
*                     *                      *

Jangan lepaskan peluang untuk merebut harga tawaran mereka yang tersangat bajet untuk penginapan di Perth. Berikut merupakan tawaran yang ditawarkan.

Harga:
Unit kapasiti 4 pax: AUD180.00 per malam
Unit kapasiti 6 pax: AUD200.00 per malam


Admin Fees: PERCUMA

Bond Keselematan: AUD250.00 per tempahan per unit penginapan.
*Bond keselamatan sebanyak AUD250.00 diambil dan akan dipulangkan semasa check out.


Bayaran mudah melalui Maybank.


Sebarang pertanyaan atau tempahan melalui wasap (+614-49902697) atau email homestayzperth@gmail.com



~~~~~~~~~~~~~
Promosi Perth Kereta Sewa:
Klik iklan untuk membuat pertanyaan




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth?
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth!
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.

Jom jadi geng Facebook kami di Cuti Study Kerja Niaga Perth Australia

Transperth 380: Bas dari Perth Airport - Perth City - Perth Airport


Berita baik buat semua penziarah dan musafir di Perth WA. Kini anda boleh berjimat dari segi kos pengangkutan dari Perth Airport (Terminal 1) - Perth City (Esplanade Bus Station). Dengan tambang tiket Zone 2 (AUD4.50 seorang dewasa - semasa artikel ini dibuat).

*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +614-49902697
*                     *                      *

Bas 380 Transperth : Airport - Perth City


Bas 380 (Transperth) merupakan laluan baru untuk mereka yang memerlukan bas dari Airport ke City. Laluan terus dengan hentian terhad ini, mampu membawa anda dari Airport ke City dalam tempoh 40minit sahaja. Laluan ini bermula seawal 5:20 pagi, membawa ke lewat malam 1:20 pagi. Dengan jarak 30 minit setiap perkhidmatan, kecuali selepas 10 malam. Jadual ini adalah hampir sama, tanpa banyak perubahan SETIAP HARI, tanpa mengira Sabtu, Ahad atau Cuti Umum (Sila baca nota 'Legend' dibawah jadual masa perjalanan untuk mengelak kekeliruan).

*                     *                      *
*                     *                      *

Jadual masa perjalanan bas 380

Peta Laluan Bas 380.

*                     *                      *
*                     *                      *






*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +614-49902697

*                     *                      *

Bagaimana mahu beli tiket???

1) Tunggu bas di perhentian yang telah disediakan, beratur dalam keadaan sabar sekiranya ramai.

2) Setibanya bas di perhentian, naik melalui pintu hadapan, sekiranya bagasi anda beroda dan berat, mohon pertolongan pemandu bas untuk turunkan 'RAMP'. Ucap "Ramp, please !".

3) Setibanya di tepi pemandu, beritahu yang kamu ingin beli tiket Zone 2 diikuti bilangan orang. Sebagai contoh, "Hi good day, Zone 2, please! Five(5) Adults and Two(2) Children". Sila bayar dengan menggunakan wang kecil, bukan AUD50 atau AUD100, kerana syarikat bas tidak menyediakan wang tunai yang banyak di atas bas, atas faktor keselamatan bas.

4) Setelah bayar, JANGAN lupa ambil resit yang sudah di cetak. Setiap seorang, sekeping resit. SIMPAN resit untuk pemeriksaan. Ini kerana, resit bas sah digunakan dalam tempoh 2 jam.


*                     *                      *

*                     *                      *
Promosi Perth Kereta Sewa:
Klik iklan untuk membuat pertanyaan




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth?
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth!
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.

Jom jadi geng Facebook kami di Cuti Study Kerja Niaga Perth Australia

hOmestayZ Perth: Guest House Bajet Melayu Muslim di Perth City - Jenis Berkongsi

Iklan ZPB005

Berita baik untuk mereka yang menziarahi Perth,WA dalam kapasiti kumpulan yang kecil/sederhana. Kami di Ziarah Perth menerima maklumat daripada hOmestayZ Perth bahawa mereka mempunyai hubung dengan sebuah Guest House Melayu-Muslim di Perth City, yang mampu menampung kapasiti sehingga 12 ORANG.

*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +614-49902697
*                     *                      *

Guest House berikut merupakan sebuah rumah dua tingkat, yang terletak di Perth City, suburb Northbridge WA. Kedudukannya tersangat hampir dengan Masjid Perth di William Street, serta dalam lingkungan selesa untuk memperolehi makanan halal. 

Empunya Guest House ini, sudi membuka peluang untuk para penziarah dan musafir menginap di bilik-bilik kosong di Guest House beliau, secara berkongsi rumah umpama saudara-mara beliau sendiri. Berikut disertakan harga serta jenis-jenis bilik yang disediakan.

Jenis Bilik

1) Bilik Utama (6 Orang) - Kongsi Tandas & Bilik Air ~ AUD200/malam 
Bilik Utama yang luas ini boleh memuatkan sehingga 6 Orang dengan selesa. Punyai pantry kecil yang lengkap dengan sinki, cerek elektrik dan microwave. Manakala bilik air dan tandas, perlu berkongsi dengan penginap bilik lain.

2) Bilik Kedua (3 Orang) - Tandas & Bilik Air Sendiri ~ AUD180/malam 
Bilik Kedua yang sederhana luas ini boleh memuatkan sehingga 3 Orang dengan selesa. Di sediakan cerek elektrik untuk kemudahan membancuh air panas. Manakala bilik air dan tandas terletak di dalam bilik tanpa perlu berkongsi.

3) Bilik Ketiga (3 Orang) - Kongsi Tandas & Bilik Air ~ AUD180/malam 
Bilik Ketiga yang sederhana luas ini boleh memuatkan sehingga 3 Orang dengan selesa. Di sediakan cerek elektrik untuk kemudahan membancuh air panas. Manakala bilik air dan tandas, perlu berkongsi dengan penginap bilik lain.

Dapur

Untuk penggunaan dapur. Penginap akan berkongsi menggunakan dapur bersama penginap lain pada waktu yang akan ditetapkan oleh empunya Guest House. Penggunaan dapur hanya terhad untuk wanita sahaja, Ianya adalah untuk memudahkan ahli keluarga empunya Guest House melindung aurat.

Empunya Guest House juga sudi menyediakan set sarapan/makan malam, sekiranya penginap ingin menjimatkan masa dalam hal memasak. Lebih-lebih lagi apabila sudah pulang ke Guest House keletihan. 

Set Sarapan pada harga AUD10.00 seorang per hari, manakala Set Makan Malam pada harga AUD15.00 seorang per malam. Masakan melayu akan disediakan untuk kedua-dua set.

Parking

Parking percuma berpagar disediakan untuk penginap yang mempunyai kenderaan sendiri. Terhad kepada kenderaan jenis kereta dan MPV/SUV sahaja. 

Yuran dan Bond

Yuran sebanyak AUD50.00 per tempahan akan dikenakan. Manakala Bond AUD200.00 sebagai cagaran keselamatan, akan dipulangkan setelah 48jam check-out.

Masa Check-In atau Check-Out

Empunya Guest House sudi untuk membuka pintu seawal 7 pagi untuk check-in. Manakala untuk check-out, selewat-lewatnya 12 tengahari.


Hubungi

Ms.Syad
(+614-49902697) (whatsapp)
homestayzperth@gmail.com
www.homestayzperth.blogspot.com.au
Instagram @homestayzperth


Promosi Perth Kereta Sewa:
Klik iklan untuk membuat pertanyaan




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth?
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth!
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.

Jom jadi geng Facebook kami di Cuti Study Kerja Niaga Perth Australia

Makan Halal Perth: Satay On Charcoal (South Perth)


Satay On Charcoal, merupakan antara tempat makan muslim yang terdapat di daerah Perth. Jika dari bandar Perth, hanya mengambil masa 15 minit perjalanan memandu sahaja. Terletak di seberang Swan River di kawasan South Perth. Berikut merupakan maklumat perniagaan mereka.

*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +614-49902697
*                     *                      *

Speciality: Satay & Street Food (ala carte/nasi lemak)

Alamat: 16 Mends St, South Perth (Shop 6)

Masa: 4petang hingga 9malam (Buka setiap hari)


Nombor untuk dihubungi: +61 430 190 984
Google Map: Satay On Charcoal


Sijil Halal: Sendiri, dioperasi sepenuhnya oleh orang muslim.


Jika kepada meraka yang memandu, terdapat tempat parking berbayar di hadapan kedai mereka. Sila rujuk mereka untuk mengetahui cara dan tempoh bayar, sebab ada masanya PERCUMA. Atau bagi penziarah yang gemar berjalan kaki, anda boleh menaiki feri Transperth dari bandar, naik di Barrack St. Jetty (berdekatan Bell Tower) dan turun di Mends St. Jetty dengan kadar harga 1 Zone. Kemudian berjalan kaki 5 minit untuk sampai di kedai mereka.


Satay On Charcoal sedia menerima tempahan ruang (reservation), sila hubungi mereka untuk melakukan sedemikian. Begitu juga khidmat penghantaran ke penginapan anda, sila hubungi mereka untuk melakukan sedemikian.


SELAMAT MENJAMU!

Peta - Perjalanan ke Jeti Barrack Street dari Pusat Bandar Perth


Peta - Menaiki feri (Zone 1) menyeberangi Swan River, dari Jeti Barrack St. ke Mends St.
Peta - Perjalanan yang singkat secara berjalan kaki ke kedai Satay on Charcoal.

Promosi Perth Kereta Sewa:
Klik iklan untuk membuat pertanyaan




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth?
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth!
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.

Jom jadi geng Facebook kami di Cuti Study Kerja Niaga Perth Australia

Watertown Brand Outlet (formerly Harbour Town Factory Outlet)


Ramai dikalangan penziarah mempunyai seribu satu persoalan didalam benak masing-masing, berkaitan membeli-belah di Harbour Town. Mulai tahun 2014, nama Watertown telah secara rasmi mengantikan nama Harbour Town. Namun nama Harbour Town masih digunapakai oleh segelintir pihak yang belum mempunyai masa untuk perbetulkan papantanda dan rujukan maklumat.
*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +614-49902697
*                     *                      *
Watertown memang dikenali ramai samada para penduduk tempatan, apatah lagi para pelancong. Kompleks beli-belah secara terbuka (open air) ini sangat sesuai untuk dijadikan tempat wajib datang di Perth,WA ini. Stuktur kompleks dua tingkat dan dalam susun bulatan, memudahkan para pembeli untuk bergerak bebas didalam kompleks ini. Maaf saya tidak dapat memberi maklumat terperinci keatas premis-premis perniagaan yang terdapat di Watertown ini. Penziarah boleh merujuk di laman sawangnya di sini.

Makanan HALAL di Watertown? Terdapat beberapa kedai makan yang Halal di sana, sebagai contoh ISPA Kebab. Pada 2014, harga satu kebab lebih kurang $10 boleh dimakan untuk dua orang budak atau sorang dewasa. Bergantung kepada cara pemakanan seseorang. Insya Allah. Bagi mereka pengemar nasi, MAAF kerana tidak terdapat kedai makanan yang menjual nasi di Watertown buat masa sekarang.

SOLAT di Watertown? Para penziarah usah gusar memikirkan waktu untuk mengerjakan solat. Ini kerana terdapat tempat solat (Praying Room) disediakan di Watertown. Bagusnya adalah tempat solat lelaki dan wanita diasingkan. Cuma perlu berkongsi tempat wudhu sahaja. DILARANG sama sekali mengambil wudhu di dalam tandas. Ianya bahaya, kerana licin dan tidak manis dipandang oleh orang bukan Islam. Berdakwah secara HIKMAH. Insya Allah. Tempat solat atau Musolla Watertown terletak di dalam Pejabat Pengurusan dan Ruang Pelancong (Tourism Lounge), bersebelahan tandas. Untuk memasuki Watertown Tourism Lounge, perlu melalui pintu cermin automatik dibahagian luar kompleks Watertown.


Sumber Google: Pelan kedudukan Tourism Lounge dan Surau/Musolla
























Bagaimana hendak ke Watertown? Terdapat beberapa cara untuk kesana, antaranya dengan memandu dan letak kenderaan anda di tempat letak kereta di Watertown. Kadar bayaran parking pada 2014 adalah $5.00 untuk 3jam pertama. Semua jenis kenderaan boleh masuk, manakala saiz Toyota Hiace Commuter 12seaters HANYA boleh di bahagian bumbung terbuka sahaja. Berikut adalah alamat yang perlu dimasukkan ketika mengunakan GPS: 840 Wellington Street, West Perth

Sekiranya berhajat untuk berjalan kaki dari Malaysia Hall atau Perth Station (Tren), ianya mengambil masa selama 25 minit perjalanan. Manakala menaiki tren, dengan Fremantle Line dari Perth Station dan turun di City West Station dengan kadar Zon 1 (1 Zone) lebih kurang $3.00 seorang (budak dan dewasa).

Penziarah digalakkan mengunakan khidmat CAT Bus (Yellow atau Green). Kerana adalah ianya PERCUMA!!!
Yellow CAT (Kuning) - Sekiranya berada di sekitar Perth Station atau pusat bandar, sila tunggu di bustop nombor 14 dan turun samada di bustop nombor 17 atau 22, tanpa perlu tekan loceng (CAT Bus tiada loceng berhenti), hanya perlu peka dan pasang telinga mendengar pengumuman tempat hentian, atau melihat papan LED paparan maklumat.
Green CAT (Hijau) - Sekiranya dari Esplanade Bustation, sila tunggu di bustop nombor 1 dan turun di bustop nombor 9 atau 13.

Insya Allah, SELAMAT MENCUBA!!!

Sumber Google: Kedudukan Watertown dari pusat bandar Perth,WA

Sumber Google: Kedudukan Stesen Tren dan Bustop CAT Bus

Promosi Perth Kereta Sewa:
Klik iklan untuk membuat pertanyaan




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth?
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth!
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.

Jom jadi geng Facebook kami di Cuti Study Kerja Niaga Perth Australia