Wednesday, 13 April 2022

hOmestayZ Perth: Guest House Bajet Melayu Muslim di Perth City - Jenis Berkongsi

Iklan ZPB005

Berita baik untuk mereka yang menziarahi Perth,WA dalam kapasiti kumpulan yang kecil/sederhana. Kami di Ziarah Perth menerima maklumat daripada hOmestayZ Perth bahawa mereka mempunyai hubung dengan sebuah Guest House Melayu-Muslim di Perth City, yang mampu menampung kapasiti sehingga 12 ORANG.

*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +614-49902697
*                     *                      *

Guest House berikut merupakan sebuah rumah dua tingkat, yang terletak di Perth City, suburb Northbridge WA. Kedudukannya tersangat hampir dengan Masjid Perth di William Street, serta dalam lingkungan selesa untuk memperolehi makanan halal. 

Empunya Guest House ini, sudi membuka peluang untuk para penziarah dan musafir menginap di bilik-bilik kosong di Guest House beliau, secara berkongsi rumah umpama saudara-mara beliau sendiri. Berikut disertakan harga serta jenis-jenis bilik yang disediakan.

Jenis Bilik

1) Bilik Utama (6 Orang) - Kongsi Tandas & Bilik Air ~ AUD200/malam 
Bilik Utama yang luas ini boleh memuatkan sehingga 6 Orang dengan selesa. Punyai pantry kecil yang lengkap dengan sinki, cerek elektrik dan microwave. Manakala bilik air dan tandas, perlu berkongsi dengan penginap bilik lain.

2) Bilik Kedua (3 Orang) - Tandas & Bilik Air Sendiri ~ AUD180/malam 
Bilik Kedua yang sederhana luas ini boleh memuatkan sehingga 3 Orang dengan selesa. Di sediakan cerek elektrik untuk kemudahan membancuh air panas. Manakala bilik air dan tandas terletak di dalam bilik tanpa perlu berkongsi.

3) Bilik Ketiga (3 Orang) - Kongsi Tandas & Bilik Air ~ AUD180/malam 
Bilik Ketiga yang sederhana luas ini boleh memuatkan sehingga 3 Orang dengan selesa. Di sediakan cerek elektrik untuk kemudahan membancuh air panas. Manakala bilik air dan tandas, perlu berkongsi dengan penginap bilik lain.

Dapur

Untuk penggunaan dapur. Penginap akan berkongsi menggunakan dapur bersama penginap lain pada waktu yang akan ditetapkan oleh empunya Guest House. Penggunaan dapur hanya terhad untuk wanita sahaja, Ianya adalah untuk memudahkan ahli keluarga empunya Guest House melindung aurat.

Empunya Guest House juga sudi menyediakan set sarapan/makan malam, sekiranya penginap ingin menjimatkan masa dalam hal memasak. Lebih-lebih lagi apabila sudah pulang ke Guest House keletihan. 

Set Sarapan pada harga AUD10.00 seorang per hari, manakala Set Makan Malam pada harga AUD15.00 seorang per malam. Masakan melayu akan disediakan untuk kedua-dua set.

Parking

Parking percuma berpagar disediakan untuk penginap yang mempunyai kenderaan sendiri. Terhad kepada kenderaan jenis kereta dan MPV/SUV sahaja. 

Yuran dan Bond

Yuran sebanyak AUD50.00 per tempahan akan dikenakan. Manakala Bond AUD200.00 sebagai cagaran keselamatan, akan dipulangkan setelah 48jam check-out.

Masa Check-In atau Check-Out

Empunya Guest House sudi untuk membuka pintu seawal 7 pagi untuk check-in. Manakala untuk check-out, selewat-lewatnya 12 tengahari.


Hubungi

Ms.Syad
(+614-49902697) (whatsapp)
homestayzperth@gmail.com
www.homestayzperth.blogspot.com.au
Instagram @homestayzperth


Promosi Perth Kereta Sewa:
Klik iklan untuk membuat pertanyaan




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth?
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth!
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.

Jom jadi geng Facebook kami di Cuti Study Kerja Niaga Perth Australia