Wednesday 13 April 2022

Watertown Brand Outlet (formerly Harbour Town Factory Outlet)


Ramai dikalangan penziarah mempunyai seribu satu persoalan didalam benak masing-masing, berkaitan membeli-belah di Harbour Town. Mulai tahun 2014, nama Watertown telah secara rasmi mengantikan nama Harbour Town. Namun nama Harbour Town masih digunapakai oleh segelintir pihak yang belum mempunyai masa untuk perbetulkan papantanda dan rujukan maklumat.
*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +6011-37068905
*                     *                      *
Watertown memang dikenali ramai samada para penduduk tempatan, apatah lagi para pelancong. Kompleks beli-belah secara terbuka (open air) ini sangat sesuai untuk dijadikan tempat wajib datang di Perth,WA ini. Stuktur kompleks dua tingkat dan dalam susun bulatan, memudahkan para pembeli untuk bergerak bebas didalam kompleks ini. Maaf saya tidak dapat memberi maklumat terperinci keatas premis-premis perniagaan yang terdapat di Watertown ini. Penziarah boleh merujuk di laman sawangnya di sini.

Makanan HALAL di Watertown? Terdapat beberapa kedai makan yang Halal di sana, sebagai contoh ISPA Kebab. Pada 2014, harga satu kebab lebih kurang $10 boleh dimakan untuk dua orang budak atau sorang dewasa. Bergantung kepada cara pemakanan seseorang. Insya Allah. Bagi mereka pengemar nasi, MAAF kerana tidak terdapat kedai makanan yang menjual nasi di Watertown buat masa sekarang.

SOLAT di Watertown? Para penziarah usah gusar memikirkan waktu untuk mengerjakan solat. Ini kerana terdapat tempat solat (Praying Room) disediakan di Watertown. Bagusnya adalah tempat solat lelaki dan wanita diasingkan. Cuma perlu berkongsi tempat wudhu sahaja. DILARANG sama sekali mengambil wudhu di dalam tandas. Ianya bahaya, kerana licin dan tidak manis dipandang oleh orang bukan Islam. Berdakwah secara HIKMAH. Insya Allah. Tempat solat atau Musolla Watertown terletak di dalam Pejabat Pengurusan dan Ruang Pelancong (Tourism Lounge), bersebelahan tandas. Untuk memasuki Watertown Tourism Lounge, perlu melalui pintu cermin automatik dibahagian luar kompleks Watertown.


Sumber Google: Pelan kedudukan Tourism Lounge dan Surau/Musolla
























Bagaimana hendak ke Watertown? Terdapat beberapa cara untuk kesana, antaranya dengan memandu dan letak kenderaan anda di tempat letak kereta di Watertown. Kadar bayaran parking pada 2014 adalah $5.00 untuk 3jam pertama. Semua jenis kenderaan boleh masuk, manakala saiz Toyota Hiace Commuter 12seaters HANYA boleh di bahagian bumbung terbuka sahaja. Berikut adalah alamat yang perlu dimasukkan ketika mengunakan GPS: 840 Wellington Street, West Perth

Sekiranya berhajat untuk berjalan kaki dari Malaysia Hall atau Perth Station (Tren), ianya mengambil masa selama 25 minit perjalanan. Manakala menaiki tren, dengan Fremantle Line dari Perth Station dan turun di City West Station dengan kadar Zon 1 (1 Zone) lebih kurang $3.00 seorang (budak dan dewasa).

Penziarah digalakkan mengunakan khidmat CAT Bus (Yellow atau Green). Kerana adalah ianya PERCUMA!!!
Yellow CAT (Kuning) - Sekiranya berada di sekitar Perth Station atau pusat bandar, sila tunggu di bustop nombor 14 dan turun samada di bustop nombor 17 atau 22, tanpa perlu tekan loceng (CAT Bus tiada loceng berhenti), hanya perlu peka dan pasang telinga mendengar pengumuman tempat hentian, atau melihat papan LED paparan maklumat.
Green CAT (Hijau) - Sekiranya dari Esplanade Bustation, sila tunggu di bustop nombor 1 dan turun di bustop nombor 9 atau 13.

Insya Allah, SELAMAT MENCUBA!!!

Sumber Google: Kedudukan Watertown dari pusat bandar Perth,WA

Sumber Google: Kedudukan Stesen Tren dan Bustop CAT Bus

Promosi Perth Kereta Sewa:
Klik iklan untuk membuat pertanyaan




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth?
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth!
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.

Jom jadi geng Facebook kami di Cuti Study Kerja Niaga Perth Australia