Wednesday 13 April 2022

E-Shed Market Fremantle (Gudang Cenderahati/Souvenir)


Setiap kali para penziarah menziarahi sesuatu destinasi ziarahnya, adalah tidak sempurna jika pulang dengan tangan kosong. Membekalkan keluarga sanak-saudara dan rakan taulan dengan cenderahati, buah tangan dan souvenir merupakan satu kemestian.Post kali ini tidak memaksa para penziarah untuk membeli cenderahati di E-Shed. Tapi disini adalah lubuk kepada mereka yang ingin membeli cenderahati dengan kadar murah atau harga borong. Ini kerana harga di pusat bandar sedikit tinggi dan sukar untuk tawar-menawar, para peniaga cenderahati di E-Shed boleh berbahasa melayu.

*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +6011-37068905
*                     *                      *

E-Shed mula dikenali ramai oleh para penziarah tanah air sejak 2-3 tahun kebelakangan ini. Banyak di blog-blog menceritakan suasana perniagaan di E-Shed ini. Untuk makluman penziarah yang dihormati sekalian. E-Shed hanya beroperasi pada hujung minggu SAHAJA, iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad. Juga pada cuti umum. Waktu beroperasi seawal jam 9 pagi sehingga 5 petang. Berikut merupakan maklumat berkaitan E-Shed Market dari pihak pentadbir pelabuhan Fremantle, di sini.

E-Shed tidak terhad kepada barangan cenderahati sahaja. Terdapat juga premis-premis perniagaan yang lain, seperti kraftangan, kedai makan, sewa basikal, sewa peralatan memancing, sewa peralatan scuba diving/snorkeling, pakaian dan lain-lain.

Makanan HALAL di E-Shed? Buat masa sekarang tiada lagi kedai menjual nasi. Maaf kepada pengemar nasi. Tapi terdapat kedai menjual kebab dengan berharga lebih kurang $12. Sesuai untuk hidangan dua budak atau seorang dewasa.

Tempat Solat di E-Shed? Maaf tiada ruang solat atau musolla disediakan. Pada hari Jumaat, sila ke gereja St. Paul Anglican, 15 minit memandu. Terdapat dewan di belakang gereja yang disewa oleh komuniti Islam di Fremantle, khusus untuk menunaikan solat Jumaat, bermula jam 1.30 petang hingga 2 petang. Berikut alamat yang perlu di masukkan ke dalam GPS: 164 Hampton Road, Beaconsfield.

Bagaimana hendak ke E-Shed? Penziarah boleh memandu 30 minit dari Perth CBD dan letak kenderaan berhampiran E-Shed, atau disekitar kawasan pelabuhan, dalam tempoh maksimum 3jam sahaja. Pada kadar $2.00 sejam, tahun 2014. Berikut alamat E-Shed untuk dimasukkan ke dalam GPS: E Shed Victoria Quay, Fremantle

Penziarah juga boleh mengunakan perkhidmatan awam, iaitu tren dari Perth Station, melalui Fremantle Line dan turun di Fremantle Station, pada kadar Zon 2 (2 Zone) lebih kurang $4.00 seorang (dewasa atau budak). Kemudian berjalan kaki selama 10 minit ke E-Shed.

Insya Allah. SELAMAT MENCUBA!!!

Sumber Google: Pelan jalan kaki dari Fremantle Station ke E-Shed Markets

Promosi Perth Kereta Sewa:
Klik iklan untuk membuat pertanyaan




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth?
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth!
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.

Jom jadi geng Facebook kami di Cuti Study Kerja Niaga Perth Australia