Wednesday, 13 April 2022

Homestay di Perth


Bagi mereka yang berziarah dalam kuantiti yang ramai, iaitu lebih 6 orang tanpa mengira umur, 'homestay' atau rumah inap merupakan pilihan yang terbaik dan terjimat. Ini kerana kita boleh memasak di 'homestay' seperti di rumah kita sendiri. Jika kita was-was dengan kesucian perkakasan dapur, Islam tidak menyusahkan, hanya perlu SERTU perkakasan dapur yang anda ragukan. Anda boleh mengunakan sabun taharah yang ada dipasaran tanah air. Terdapat beratus-ratus 'homestay' di sekitar daerah Perth ini. Kita boleh mencari di laman Airbnb untuk memilih lokasi, bilangan penginap, dan harga di bawah kadar bajet kita. Kebanyakan 'homestay' mempunyai kadar berbeza untuk hari biasa, dan hari hujung minggu/cuti umum. Untuk nasihat bersama, marilah sama-sama menjaga adab dan kebersihan tatkala kita tinggal di 'homestay'. Benar kita adalah pelanggan, tapi tidak bermaksud wang dan duit boleh menjadikan kita sembrono melakukan apa sahaja dengan sesuka hati di dalam 'homestay'. Jika mahu cuba, silakan. Tunggulah pak polisi datang ketuk pintu 'homestay' menegur anda.

*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +6011-37068905
*                     *                      *

Kepada mereka yang datang lebih dari seminggu di Perth, adalah lebih elok memilih beberapa 'homestay' di berbeza-beza suburb atau mukim. Dengan cara ini, anda dapat melihat sosio-ekonomi penduduk tempatan. Sebagai contoh menetap di Perth Central, kemudian di Rockingham, kemudian di Swan Valley. Bergantung atas perancangan ziarah anda. JANGAN lupa untuk menolak tong sampah ke tepi jalan jika sudah tiba jadual kutipan sampah, melainkan anda ingin deposit anda tidak di kembalikan.

Directory Homestay sekitar Perth,WA:
Canning Vale 
Rivervale (wasap +6011-37068905)
Northbridge
Belmont (wasap +6011-37068905)
Bentley (wasap +6011-37068905)

Sumber Google: 'Homestay' yang terdapat di Perth

Promosi Perth Kereta Sewa:
Klik iklan untuk membuat pertanyaan




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth?
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth!
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.

Jom jadi geng Facebook kami di Cuti Study Kerja Niaga Perth Australia