Wednesday, 13 April 2022

Hotel, Hostel dan Servis Apartment di Perth


Hotel di bandar Perth kebanyakannya tertumpu di sekitar Adelaide Terrace, St Georges Terrace dan Hay Street. Hampir kebanyakan hotel di bandar Perth adalah tidak HALAL. Tapi kita masih boleh sarapan dengan menjamu 'scramble egg' atau telur hancur, kentang kukus, kacang panggang, 'hash brown' atau kentang goreng, roti bakar, 'cereal' dan salad. JANGAN khuatir dengan makanan bergoreng, kerana alhamdulillah di Australia hanya membenarkan penggunaan minyak sayuran sahaja dalam industri pemakanan. Pilihan jenis bilik yang pelbagai mampu menampung kuantiti para penziarah. Anda boleh mencari dan membuat pilihan hotel di laman sawang Agoda dengan lebih mudah, insya Allah.

*                     *                      *
PROMOSI homestay & kereta sewa murah di Instagram @homestayzperth 
atau wasap +614-49902697
*                     *                      *
Sumber Google: Hotel Criterion antara yang hampir dengan tempat tarikan pelancong.


Berita Baik Buat Pembaca Ziarah Perth!




Promosi terbaik dengan harga terendah sepanjang 2020 diberikan kepada pembaca blog Ziarah Perth. Hotel Quay Perth terletak hanya 100 meter dari Elizabeth Quay, lokasi paling popular di Perth. Juga hanya 5 minit jalan kaki dari stesen bas (Elizabeth Quay), stesen tren (Elizabeth Quay) & jeti feri (Elizabeth Quay). Bagi anda yang mengembara solo atau kumpulan kecil, lokasi hotel ini adalah yang terbaik, mudah untuk sampai sekiranya anda mengunakan perkhidmatan bas dari Perth International Airport. Lokasi hotel ini yang terletak di pinggir Swan River, menjanjikan pemandangan ekslusif buat anda di sepanjang percutian anda. Sebarang pertanyaan boleh rujuk terus kepada wakil hotel dengan klik disini.




Antara ruang bilik yang ditawarkan oleh hotel Quay Perth


Pemandangan Elizabeth Quay & Swan River dari hotel Quay Perth



Hostel di bandar Perth kebanyakannya tertumpu di sekitar Murray Street, Wellington Street, William Street dan Newcastle Street. Untuk pengetahuan kita bersama, bandar Perth antara tempat popular di kalangan penziarah 'Backpackers' dari seluruh dunia. Di hostel anda boleh memilih untuk berkongsi bilik dengan penziarah lain, atau berasingan antara lelaki dan wanita. Kehidupan di hostel boleh dikatakan semuanya berkongsi, Dari bilik, dapur, bilik air serta tandas, 'laundry' dan tempat riadah. Anda boleh untuk mencari dan memilih hostel yang menepati bajet ziarah anda di laman sawang Hostelworld.
 Sumber Google: Kangaroo Inn antara yang hampir dengan tempat tarikan pelancong.
 
Servis Apartment merupakan tarikan terkini bagi penziarah bajet di Perth. Hampir mirip kepada homestay, tapi terhad dalam bilangan penginap bagi setiap unit apartment, iaitu maksimum 6 orang sahaja. Setiap unit apartment lengkap dengan dapur, tandas, bilik mandi dan 'laundry'. Mudah untuk anda penziarah sekeluarga untuk menginap sepanjang masa anda di Perth. Anda boleh mencari dan memilih servis apartment di laman sawang Booking dengan mudah, insya Allah.

Sumber Google: Adina Apartment antara yang hampir dengan tempat tarikan pelancong.

Promosi Perth Kereta Sewa:
Klik iklan untuk membuat pertanyaan




~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu apa yang orang lain kerap baca di Ziarah Perth?
Jangan ketinggalan dalam mendapat info berkaitan Perth!
Senarai Topik WAJIB baca mengenai Perth bulan ini. Klik disini.

Jom jadi geng Facebook kami di Cuti Study Kerja Niaga Perth Australia